Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 didakwa atas tuduhan cabul di kemudahan Home Team

Dec 24, 2025 | 3:55 PM
Singapore, molest, Home Team
Ketiga-tiga lelaki tersebut, dan lokasi di mana kes itu berlaku, tidak boleh dinamakan kerana perintah sekatan untuk melindungi identiti mangsa. - Foto ST

Tiga lelaki didakwa pada 23 Disember selepas pihak berkuasa menerima laporan mengenai pencabulan dan gangguan yang berlaku di sebuah kemudahan Home Team.

Tiga lelaki itu dan lokasi di mana kes tersebut dikatakan berlaku, tidak boleh dinamakan kerana perintah sekatan untuk melindungi identiti mangsa.

Menurut dokumen mahkamah, tertuduh yang didakwa merupakan seorang lelaki warga Singapura berusia 25 tahun dan dua Penduduk Tetap (PR) Singapura berusia 23 dan 24 tahun, lapor The Straits Times (ST).

Lelaki warga Singapura yang dituduh berhadapan dengan lapan tuduhan bagi kesalahan termasuk pencabulan dan gangguan.

Manakala dua tertuduh yang lain, berhadapan dengan dua tuduhan pencabulan setiap seorang

Seorang mangsa dikatakan menjadi sasaran berulang, dengan dua kejadian berasingan melibatkan ketiga-tiga tertuduh.

Ia berlaku antara Ogos dengan September 2023.

Mangsa tersebut disasar lagi pada 10 Oktober 2023, apabila tertuduh warga Singapura itu, dikatakan menampar punggung mangsa.

Dia juga didakwa mengganggu seorang lagi lelaki di kemudahan tersebut antara Ogos dengan November 2023 dan dikatakan turut mengaibkan kehormatan mangsa.

Kes yang melibatkan ketiga-tiga lelaki itu akan disebut semula di mahkamah pada 27 Januari 2026.

Agensi yang berkaitan dengan kemudahan tersebut telah dihubungi untuk mengetahui sama ada tindakan telah diambil terhadap individu yang didakwa.

Bagi setiap tuduhan gangguan seksual, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, disebat atau menerima sebarang gabungan hukuman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg