Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 pembantu rumah dibawa ke hospital, cedera apabila gaduh

Oct 2, 2024 | 2:46 PM
Gara-gara mulut, badan binasa. Tiga pembantu rumah dibawa ke hospital setelah cedera dalam pertelingkahan antara dua kumpulan pembantu rumah.
Gara-gara mulut, badan binasa. Tiga pembantu rumah dibawa ke hospital setelah cedera dalam pertelingkahan antara dua kumpulan pembantu rumah. - Foto SHIN MIN

Nampaknya lontaran kata-kata kesat bukan saja mencetuskan pertengkaran dalam kalangan pembantu rumah yang melepak di sekitar Stesen MRT Somerset pada 29 September, tetapi telah memuncak menjadi pergaduhan fizikal.

Seorang pelalu lalang, yang hanya dikenali sebagai Encik Deng, 78 tahun, memberitahu akhbar Shin Min bahawa pergaduhan didakwa berlaku antara dua kumpulan pembantu rumah Filipina pada kira-kira jam 4 petang hari itu.

Seorang wanita Filipina tidak berpuas hati apabila perkataan seperti “hodoh” dan “gemuk” dilemparkan ke dalam perbualan. Ketidakpuasan hatinya menyebabkan pertengkaran hangat sebelum ia berubah menjadi fizikal.

“Saya melihat mereka bergaduh tetapi kedua-dua pihak enggan berundur,” kata Encik Deng yang menyaksikan pergaduhan itu.

“Mereka bergaduh sampai ke Pusat Polis Kejiranan Orchard di Killiney Road, di mana mereka pergi untuk melaporkan kes itu.”

Dua ambulans kemudian dilihat membawa pergi tiga pembantu rumah itu. 

Polis mengesahkan tiga wanita berusia antara 38 dan 46 tahun dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital dan tiga wanita lain sedang membantu polis dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg