Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

3 remaja antara 4 suspek keldai wang didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 remaja antara 4 suspek keldai wang didakwa

Mar 08, 2024 | 05:06 PM



Empat suspek berumur 17 hingga 21 tahun didakwa di mahkamah pada 8 Mac kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keldai wang, termasuk menjual Singpass dan butiran bank mereka kepada penipu.

Butiran peribadi mangsa dikatakan digunakan oleh penipu untuk ‘membersihkan’ hasil haram daripada pelbagai penipuan, kata polis pada 7 Mac.

Hans Ilhan Mahroon, 21 tahun, menghadapi tuduhan mendedahkan butiran akaun bank kepada orang yang tidak dikenali dengan bayaran $1,300 pada November 2023, sebagai tindak balas kepada iklan dalam talian di platform Telegram.

Mattias Soon Jia Le, 19 tahun, dikatakan membuka tiga akaun bank dan memberikan butiran akaun tersebut kepada individu tidak dikenali dengan bayaran $2,300 pada Mei 2023 selepas melihat iklan di Telegram.

Dua lagi suspek yang berusia 17 tahun, tidak boleh dinamakan kerana mereka berumur di bawah 18 tahun ketika melakukan kesalahan mereka dan identiti mereka dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Remaja ketiga didakwa menerima $600 sebagai pertukaran untuk membuka akaun bank dan memberikan butiran tersebut kepada kenalannya, lapor The Straits Times (ST).


Akaun bank itu kemudian digunakan untuk mencuci hasil daripada penipuan e-dagang, penipuan pekerjaan dan penipuan pelaburan.

Polis menggesa orang ramai supaya menolak peluang yang kelihatan menarik yang menjanjikan wang cepat dan mudah sebagai pertukaran untuk penggunaan Singpass atau butiran akaun bank mereka.

Jika didapati bersalah bersubahat menipu bank untuk membuka akaun bank, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >