Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lelaki didakwa kumpul $500,000 hasil kes tipu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki didakwa kumpul $500,000 hasil kes tipu

Jan 10, 2024 | 03:10 PM



Seorang lelaki didakwa menggunakan beberapa akaun bank untuk mengumpul sekitar $500,000, hasil kes penipuan dan memindahkan dana itu ke dompet wang kripto di luar negara.

Pihak polis berkata pada 10 Januari bahawa mereka telah menerima laporan pada Mei 2023 mengenai kes penipuan cinta Internet – yang mana wang dipindahkan ke akaun bank yang dimiliki lelaki berusia 47 tahun itu.

Dia didapati mempunyai beberapa akaun bank yang berdaftar di bawah namanya lalu menggunakan akaun tersebut untuk menerima dana daripada sumber yang mencurigakan, kata polis.

Dia kemudian menukar wang itu kepada mata wang kripto dan memindahkannya ke dompet digital luar negara.

Pada Mac 2023, lelaki itu dipercayai telah mengumpul wang tunai sebanyak $50,000 daripada mangsa penipuan berhampiran tempat kerjanya.

Lelaki itu bertindak atas arahan rakan wanita yang ditemuinya dalam aplikasi temu janji dalam talian.

Dia dijadual didakwa pada 11 Januari atas kesalahan memberi perkhidmatan pembayaran tanpa lesen dan mempunyai wang yang dipercayai sebagai faedah daripada tindakan jenayah.

Pesalah yang didapati menyediakan apa-apa jenis perkhidmatan pembayaran yang tidak berlesen sebagai satu perniagaan di Singapura boleh didenda sehingga $125,000, dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang mendapat faedah daripada tindakan jenayah boleh didenda sehingga $500,000, dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Polis memberi amaran kepada orang ramai tentang penipu yang merekrut orang awam untuk menerima dan memindahkan wang haram. Penipu boleh mendorong mereka untuk menjadi keldai wang melalui platform temu janji dalam talian untuk membantu mereka memindahkan hasil wang haram.

Sekiranya wang yang diterima atau dipindahkan itu dicuri atau merupakan hasil kes jenayah, pemegang akaun bank itu akan disiasat dan kemungkinan akan didakwa atas penglibatannya dalam kesalahan jenayah, jelas polis.

Polis menggesa orang ramai supaya menolak permintaan untuk menggunakan akaun bank mereka sebagai platform untuk menerima, memindahkan atau mengumpul wang untuk orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >