Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

7 keldai wang didakwa jual akaun bank pada sindiket

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7 keldai wang didakwa jual akaun bank pada sindiket

Jan 10, 2024 | 04:52 PM



Tujuh individu akan didakwa di mahkamah pada 11 Januari kerana disyaki bertindak sebagai keldai wang.

Kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 52 tahun, didakwa menjual atau menyewakan akaun bank mereka kepada sindiket jenayah dengan bayaran sehingga $3,000, menurut kenyataan pihak polis pada 10 Januari.

Mereka didakwa membuka akaun bank sebelum menyerahkan kad mesin tunai automatik (ATM) dan nombor pengenalan peribadi kepada sindiket tersebut.

Dua daripada lelaki tersebut, berusia 27 dan 44 tahun, turut didakwa menjual butiran kelayakan peribadi Singpass mereka kepada sindiket untuk membolehkan mereka membuka akaun bank baru.

Mereka akan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan kegiatan keldai wang, termasuk penipuan dan memudahkan akses tidak sah kepada bahan komputer.

Sekiranya didapati bersalah atas kesalahan penipuan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah kerana memudahkan akses tidak sah kepada bahan komputer, mereka boleh dikenakan denda, dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali buat pesalah kali pertama.

Pihak polis juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang didapati terlibat dalam aktiviti penipuan. Mereka juga menegaskan pendirian serius dalam menangani kesalahan seperti ini.

Polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa menolak “peluang menjana wang yang kelihatan menarik”. Tawaran tersebut menjanjikan pembayaran untuk penggunaan butiran Singpass atau akaun bank individu.

Orang ramai juga tidak sepatutnya membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk menerima wang daripada pihak lain. Selain itu, mereka juga tidak seharusnya melakukan pemindahan wang atas nama orang lain.

Sepanjang tempoh dari Januari hingga Jun 2023, lebih daripada 4,700 individu telah ditahan atas tuduhan penglibatan mereka sebagai keldai wang.

Pada tahun 2023, pihak polis Singapura telah melakukan kajian yang melibatkan 113 individu yang terlibat dalam kes penipuan dari 2020 hingga 2022.

Hasil kajian itu mendapati bahawa kira-kira 45 peratus daripada mereka berumur 25 tahun ke bawah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >