Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ibu empat anak dipenjara seumur hidup di Sabah kerana edar dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ibu empat anak dipenjara seumur hidup di Sabah kerana edar dadah

Jan 31, 2024 | 11:26 AM



TAWAU (Sabah): Seorang ibu empat anak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 128.9 gram pada 2022.


Hakim Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Azizah Hasan, 35 tahun, yang didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Palma, Lahad Datu, Sabah, pada 17 Jun 2022.

Bagaimanapun, suri rumah warga Filipina itu, yang juga pemegang dokumen IMM13 (dokumen perjalanan tunggal untuk warga asing dari Filipina di Sabah), terlepas hukuman sebatan di bawah seksyen yang dihadapinya, memandangkan dia adalah wanita.

Dalam penghakimannya, Datuk Duncan antara lain menyatakan mahkamah membuat keputusan itu selepas mengambil kira kesalahan atau kes berkaitan dadah amat berleluasa di Sabah.

Malah, katanya setakat Januari 2024 antara tiga hingga empat kes sudah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Tawau, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Sementara itu dalam satu kes berasingan, seorang jurukimpal yang baru tiga minggu berkahwin didenda RM4,000 ($1,131) oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, pada 30 Januari, selepas mengaku salah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, pada 2023.

Hakim Darmafikri Abu Adam ketika menjatuhkan hukuman berkata mahkamah menimbangkan fakta kepentingan awam iaitu kesalahan dilakukan tertuduh, Muhammad Rafie Razak, 30 tahun, adalah serius.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Lelaki itu yang didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 didapati memiliki pornografi kanak-kanak di dalam aplikasi Google Drive dan telefon bimbitnya di satu rumah di Bukit Baru, Melaka, pada 13 Februari 2023.

Terdahulu, peguam bela memohon hukuman denda ringan kerana itu adalah kesalahan pertama tertuduh yang bekerja sebagai jurukimpal.


Katanya anak guamnya yang baru tiga minggu berkahwin sudah menyesal atas kesalahan dilakukan dan berjanji tidak mengulanginya pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >