30 penduduk diminta tinggalkan rumah ekoran kebakaran di flat Redhill
30 penduduk diminta tinggalkan rumah ekoran kebakaran di flat Redhill
Dec 13, 2024 | 6:14 PM
Anggota bomba memasuki flat di tingkat dua Blok 90, Redhill Close itu secara paksa dan memadamkan api di ruang tamu. Sebagai langkah berjaga-jaga, polis dan SCDF meminta 30 penduduk meninggalkan flat mereka. - Foto ZAOBAO
Sekitar 30 penduduk diminta meninggalkan rumah mereka selepas kebakaran berlaku di sebuah flat di Redhill pada 12 Disember.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kebakaran di Blok 90, Redhill Close itu pada 7.25 malam, lapor The Straits Times.
Anggota bomba memasuki flat di tingkat dua itu secara paksa dan memadamkan api di ruang tamu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, 30 penduduk diminta meninggalkan flat mereka oleh polis dan SCDF.
Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.
Laporan berkaitan
Pekerja jatuh 9 meter di tapak binaan Jurong WestDec 5, 2024 | 4:14 PM
50 penduduk dipindahkan akibat kebakaran di TampinesDec 9, 2024 | 3:47 PM

