Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

300 belia dalami isu keharmonian kaum, agama dalam sidang model PBB

Dec 2, 2025 | 6:26 PM
opmun, onepeople.sg, UN, pbb, Sekolah Tinggi Chung Cheng
Sekitar 300 belia daripada pelbagai sekolah menengah dan institusi posmenengah menghadiri upacara pembukaan Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu OnePeople.sg (Opmun 2025) di Sekolah Tinggi Chung Cheng pada 2 Disember, yang turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (barisan pertama, lapan dari kanan). - Foto ONEPEOPLE.SG

Sekitar 300 belia telah mengambil bahagian dalam Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu OnePeople.sg (Opmun 2025) yang berlangsung dari 2 hingga 5 Disember.

Berusia antara 13 dengan 20 tahun, kumpulan belia daripada pelbagai sekolah menengah dan institusi posmenengah menghadiri upacara pembukaan Opmun 2025 di Sekolah Tinggi Chung Cheng pada 2 Disember.

Turut hadir selaku tetamu terhormat ialah Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Acara edisi ke-11 itu merupakan acara tahunan yang menggalak golongan muda berdebat mengenai isu keharmonian kaum dan agama di Singapura.

Opmun 2025 meraikan sambutan kemerdekaan Singapura ke-60 atau SG60 dengan tema ‘Bersama ke Era Baru’ dan memberi peserta peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan pembuat dasar, ahli akademik serta pemimpin masyarakat dan agama, melalui sesi dialog.

Acara disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), lima Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), Pertubuhan Antara Agama (IRO) dan syarikat bioteknologi, Mirxes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg