Polis rayu maklumat mengenai lelaki 32 tahun kali terakhir dilihat di Sengkang
Polis rayu maklumat mengenai lelaki 32 tahun kali terakhir dilihat di Sengkang
Nov 10, 2025 | 4:48 PM
Kali terkahir Encik Mohamad Shahrul Nizam Selamat dilihat adalah pada 9 November, 3.30 petang di kawasan Sengkang East Way. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA
Pihak polis meminta bantuan orang awam untuk memberi maklumat seorang lelaki berusia 32 tahun, Encik Mohamad Shahrul Nizam Selamat, yang dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura pada 10 November, kali terakhir Encik Mohamed Shahrul Nizam dilihat adalah pada Ahad, 9 November 2025 pada sekitar 3.30 petang di sekitar kawasan Sengkang East Way.
Pihak berkuasa berharap agar sesiapa terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Encik Mohamad Shahrul Nizam berkaitan lokasinya dapat bekerjasama.
Sila telefon talian polis di 1800-255-0000 atau serahkan maklumat menerusi laman web di www.police.gov/i-witness.
Laporan berkaitan
Gadis 13 tahun, hilang sejak 28 Sept, telah dijumpaiSep 30, 2025 | 3:40 PM
Warga S’pura korban nahas jalan raya di LinkeduaJul 17, 2025 | 6:57 PM

