Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gadis 13 tahun, hilang sejak 28 Sept, telah dijumpai

Sep 30, 2025 | 3:40 PM
Sofea Adrianna Mohammad Aidil
Keluarga risau anak tidak pulang sejak 28 September, kini telah dijumpai, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) - Foto ihsan SITI NADIYA MOHAMED LATIFF

Gadis 13 tahun yang dilaporkan hilang pada 28 September sudah ditemui dan kini berada di Kompleks Polis Cantonment untuk disoal siasat.

Ibunya, Cik Siti Nadiya Mohamed Latiff, 37 tahun, menghubungi Berita Harian (BH) sejurus mendapat tahu anaknya, Sofea Adrianna Mohammad Aidil, dalam keadaan selamat.

Satu kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pula mengesahkan Sofea Adrianna telah ditemui pada 30 September.

Setakat ini, belum ada lagi keterangan di mana Sofea berada sejak menghilang pada 28 September, selepas dikatakan bersiar-siar di kawasan Harbourfront bersama teman-temannya.

Pada awal 30 September, keluarganya mendapat maklumat beliau berada di sekitar Blok 177 Boon Lay Drive, tetapi Sofea mengelakkan diri dari dijumpai, menurut ibunya.

“Saya ingin memaklumkan Sofea telah dijumpai, dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu mencari Sofea dan berkongsi maklumat,” kata Cik Nadiya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg