Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

35 dipindah lepas rumah sebandung terbakar di East Coast

Jan 5, 2025 | 1:56 PM
Api menjilat seluruh tingkat satu sebuah rumah tiga tingkat di East Coast Road sebelum merebak ke tingkat atas.
Api menjilat seluruh tingkat satu sebuah rumah tiga tingkat di East Coast Road sebelum merebak ke tingkat atas. - Foto SCDF/FACEBOOK

Kira-kira 35 orang dipindahkan dari beberapa unit berjiran selepas satu kebakaran berlaku di sebuah rumah sebandung di East Coast Road pada 5 Januari.

Dalam satu hantaran Facebook pada hari itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah rumah tiga tingkat di 305 East Coast Road pada 12.45 tengah malam.

Apabila anggota bomba dari Balai Bomba Kallang dan Balai Bomba Paya Lebar tiba, api telah menyambar seluruh tingkat satu rumah kosong itu dan merebak ke tingkat atas, lapor The Straits Times.

Anggota bomba terpaksa merempuh masuk ke dalam rumah tersebut dan menggunakan dua pancutan air untuk mengawal kebakaran itu, tambah SCDF.

Mereka juga menggunakan tangga platform gabungan untuk memadamkan api dari udara.

Kebakaran itu, yang dipadam sepenuhnya pada kira-kira 3 pagi, menyebabkan bahagian atas rumah itu mengalami kerosakan.

Sebahagian daripada unit di sebelahnya juga terjejas oleh kebakaran itu.

Menurut SCDF, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran itu sedang disiasat.

Terdapat 1,954 kes kebakaran di Singapura pada 2023, meningkat 8.6 peratus daripada 1,799 kes pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg