Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 hujung minggu panjang pada 2025

Hari Raya Puasa 2025 pada hujung minggu panjang
Aug 5, 2024 | 6:10 PM
Secara keseluruhan, 11 hari cuti umum diwartakan bagi seluruh 2025.
Secara keseluruhan, 11 hari cuti umum diwartakan bagi seluruh 2025. - Foto ST

Rakyat Singapura dijangka menikmati empat hujung minggu panjang pada 2025, menurut satu kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 5 Ogos.

1 Syawal, yakni permulaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, jatuh pada Isnin, 31 Mac, menjadikannya satu hujung minggu panjang.

Ini diikuti Good Friday pada 18 April yang diraikan penganut Kristian.

Kededua Hari Vesak (12 Mei) dan Deepavali (20 Oktober) juga jatuh pada Isnin, menjadikannya hujung minggu panjang, lapor The Straits Times (ST).

Secara keseluruhan, 11 hari cuti umum diwartakan bagi seluruh 2025, bermula dengan Tahun Baru yang jatuh pada Rabu.

Hari cuti umum lain ialah Tahun Baru Cina (29 dan 30 Januari, Rabu dan Khamis), Hari Pekerja (1 Mei, Khamis), Hari Raya Haji (7 Jun, Sabtu), Hari Kebangsaan (9 Ogos, Sabtu), dan Hari Krismas (25 Disember, Khamis).

Menurut MOM, pekerja di bawah Akta Pekerjaan berhak menerima gaji semasa 11 hari cuti umum tersebut.

Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti umum boleh mendapat gaji tambahan sehari pada kadar gaji asas, sebagai tambahan kepada kadar gaji kasar mereka untuk hari itu.

Selain itu, majikan dan pekerja boleh saling bersetuju untuk menggantikan cuti umum dengan hari kerja lain.

Majikan juga mempunyai pilihan untuk memberi cuti sebagai ganti, berdasarkan bilangan jam yang dipersetujui untuk pekerja bekerja pada hari cuti umum.

Ini terpakai bagi pengurus dan eksekutif, serta pekerja buruh bergaji lebih $4,500 sebulan, dan pekerja kolar putih bergaji lebih $2,600 sebulan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg