Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

4 lelaki didakwa libat kes tipu berkait projek pembangunan OTH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 lelaki didakwa libat kes tipu berkait projek pembangunan OTH

Jan 31, 2024 | 05:44 PM



Empat lelaki, termasuk dua yang bekerja untuk Persatuan Rakyat (PA) semasa kejadian berlaku, telah dituduh di mahkamah pada 31 Januari atas peranan yang dipercayai dimainkan mereka dalam satu kes penipuan pemerolehan yang dikaitkan dengan projek pembangunan Our Tampines Hub (OTH).

Vincent Chang Yew Teck, 63 tahun, ialah bekas timbalan pengarah pengurusan kemudahan di PA sementara Lee Kian Wee, 51 tahun, ialah bekas pengurus kanan kemudahan berkenaan kontrak di agensi itu.

Menurut akhbar The Straits Times, ia telah menghubungi PA untuk mengetahui sama ada kedua-dua Vincent Chang dan Lee masih bekerja di OTH.


Lelaki ketiga, Seet Thong Kok, 67 tahun, ialah bekas pengurus kemudahan untuk kontraktor yang pernah ditugaskan PA untuk kerja-kerja binaan ringan.

Carian Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) mendedahkan bahawa Seet adalah pemilik firma Caspian Electrical Sub-Contractor.

Nama syarikat tersebut tidak disebut dalam dokumen mahkamah.

Lelaki keempat, Soh Chun Kang, 42 tahun, ialah bekas pengurus akaun kanan untuk ejen pengurusan yang ditugaskan oleh PA semasa kesalahan itu, kata polis dalam satu kenyataan pada 31 Januari.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan butiran mengenai ejen tersebut.

Seet, yang didakwa atas tiga tuduhan pemalsuan pada 31 Januari, dituduh melakukan kesalahan itu pada 2017 dan 2019.

Polis dalam kenyataannya berkata:

“Dia didakwa menghasut... kakitangan pentadbiran kontraktor dalam memalsukan 18 sebut harga yang kononnya dikeluarkan oleh (firma lain), dengan niat untuk memperdaya PA bahawa sebut harga kontraktor tersebut adalah harga terendah antara ketiga-tiga sebut harga untuk kerja pembangunan yang diminta oleh PA.”

Menurut dokumen mahkamah, tiga syarikat itu ialah SK Furniture Construction, K&T Building Construction dan KJS Construction.


Kes Seet ditangguhkan kepada 28 Februari.

Bagi setiap pertuduhan pemalsuan, pesalah boleh dipenjara sehingga empat tahun dan didenda.

Pada 31 Januari, Soh, Lee dan Chang masing-masing didakwa atas empat pertuduhan memberi maklumat palsu kepada penjawat awam.

Polis berkata ketiga-tiga mereka didakwa terlibat dalam konspirasi memberikan dokumen pemerolehan yang diberi tarikh mundur kepada Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) antara Disember 2020 dengan Februari 2021.

Kesalahan itu dikatakan berlaku semasa audit AGO terhadap projek pembangunan OTH.

Sebanyak 142 dokumen pemerolehan yang dikatakan diberi tarikh mundur diserahkan kepada AGO, tambah polis.

Ketiga-tiga kes mereka akan didengar semula di mahkamah pada 4 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >