Topik diikuti
Pergi ke BHku400 pasangan bapa dan anak ‘gegar’ cabaran Dadrox 2026
400 pasangan bapa dan anak ‘gegar’ cabaran Dadrox 2026
400 pasangan bapa dan anak ‘gegar’ cabaran Dadrox 2026
Lebih 400 pasangan bapa dan anak ‘beraksi’ sambil membuktikan keutuhan ikatan kekeluargaan mereka dalam menyahut cabaran Dadrox 2026 sempena sambutan Hari Bapa.
Ia memberi ruang kepada pasangan bapa dan anak melakar memori bersama sambil mengharungi lapan zon cabaran berbeza yang mencabar kelincahan, stamina, kebijaksanaan dan kerjasama bagi mendapatkan setem di setiap zon sebelum melintasi garisan penamat.
Dengan tema ‘From shoulder rides to finish lines’, Dadrox 2026 dianjurkan Pusat Kebapaan (CFF), Bapa Sepanjang Hayat dan Ibu Sepanjang Hayat, dengan kerjasama Keluarga Sepanjang Hayat (FFL) bagi menyokong Festival Keluarga Kebangsaan 2026.
Acara dua hari yang berlangsung di The Canopy at Geneo di Science Park pada 20 dan 21 Jun itu turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan Kewangan, Encik Jeffrey Siow, sebagai tetamu terhormat pada hari penutup.
“Saya suka (tema Dadrox) kerana ia menggambarkan keseluruhan perjalanan sebagai seorang bapa.
"Shoulder rides (dukung atas bahu) bukan hanya merujuk kepada tempoh singkat ketika anak masih kecil.
“Ia sebenarnya bermaksud bagaimana kita sebagai bapa cuba menjadi tempat bersandar, bahu untuk mereka menangis dan juga sokongan yang membolehkan anak-anak kita berdiri teguh sepanjang hidup mereka,” kata Encik Siow.
Selain itu, buku The Heart of a Father karya Dr Ken Canfield juga telah dilancarkan.
Berdasarkan penyelidikan berasaskan bukti yang dijalankan selama beberapa dekad melibatkan ribuan bapa, buku tersebut menghuraikan bagaimana penglibatan aktif seorang bapa dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Buku itu juga menjadi asas kepada program-program yang dijalankan oleh CFF.
