Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Berwaspada dengan pautan palsu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0


Bertindak terhadap penipuan

Berwaspada dengan pautan palsu

Mar 07, 2024 | 01:56 PM




Pengurus pematuhan Erica Ewe menggambarkan dirinya sebagai seorang yang amat berhati-hati.

Namun, pada Jun lalu, apabila wanita berusia 32 tahun itu menerima SMS daripada syarikat penghantaran DHL mengenai bayaran kastam yang belum dibayar untuk pakejnya, sikap berwaspada itu hilang seketika kepada rasa ingin tahu.

“Pada masa itu, saya menjangkakan beberapa pakaian untuk berolahraga akan diterima tidak lama lagi,” kata Cik Ewe, yang kerap membeli-belah pakaian dalam talian. Tanpa berlengah, beliau mengklik pada pautan dalam SMS yang tidak diminta itu.

Tindakannya itu membawa beliau ke halaman log masuk DHL yang sah. “Saya sudah menaip nama pengguna dan kata laluan saya apabila saya tiba-tiba menyedari alamat laman web itu tidak kelihatan seperti domain DHL yang rasmi.”

URL tersebut termasuk abjad dan nombor rambang – salah satu tanda jelas mengenai laman web palsu.

Merasakan sesuatu yang tidak kena pada pautan tersebut, Cik Ewe memutuskan untuk mengesahkan status pakejnya melalui laman web pakaian yang rasmi. Maklumat pengesanan menunjukkan barangan yang ditempah masih dalam transit di luar negara, bertentangan dengan SMS yang diterimanya.

Carian dalam talian pantas juga mengesahkan syak wasangkanya: Ia adalah percubaan pancingan data untuk mendapatkan kelayakan log masuknya.

Walaupun Cik Ewe berasa lega, namun beliau mengakui bahawa beliau perlu lebih berjaga-jaga. “(Tetapi) halaman web itu kelihatan sangat meyakinkan.”

Penipuan semakin meningkat

Cik Ewe tergolong dalam kumpulan umur yang paling terdedah kepada penipuan pancingan data – sejenis serangan siber yang memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang atau data.

Laporan Penipuan dan Jenayah Siber 2023 yang diterbitkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) awal bulan ini mendedahkan bahawa 47.8 peratus mangsa penipuan pancingan data pada 2023 berumur antara 30 tahun dengan 49 tahun. Mereka merupakan sebahagian besar mangsa jenis penipuan ini.

“Dengan peningkatan pendigitalan, kumpulan umur ini cenderung menghabiskan lebih banyak masa dalam talian, sama ada untuk membeli-belah, membuat urusan bank ataupun berhubung dengan rakan-rakan,” kata timbalan pengarah Pejabat Pendidikan Awam Scam, Jabatan Operasi, SPF, Encik Jeffrey Chin. “(Ini) meningkatkan pendedahan mereka kepada bahaya dalam talian, termasuk penipuan.”

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa orang ramai masih terdedah kepada penipuan. “Kita semua lebih cenderung menjadi mangsa penipuan apabila kita tidak berwaspada dan tidak mengambil langkah pencegahan.”

_____________________________________________________________________

Penipuan pancingan data terus menjadi ancaman

Polis mendedahkan bahawa pada 2023, jumlah kes penipuan meningkat 46.8 peratus kepada 46,563 kes, daripada 31,728 kes pada 2022.

Walaupun meningkat, jumlah kerugian berkurangan sedikit pada $651.8 juta pada 2023, daripada $660.7 juta pada 2022.

Walaupun ini kali pertama jumlah kerugian akibat penipuan telah menurun dalam tempoh lima tahun yang lalu, namun ianya kekal ketara, kata SPF.

_______________________________________________________________________

Penipuan pancingan data adalah salah satu jenis penipuan teratas merentas semua kumpulan umur tahun 2022 lalu.

Mangsa akan menerima e-mel, mesej, panggilan atau iklan daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai kerajaan, institusi kewangan atau perniagaan. Mereka akan diminta membayar bil yang lewat, produk, atau denda untuk kesalahan lain.

Penipu akan menyediakan pautan yang membawa kepada laman web palsu yang menipu mangsa supaya mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan yang sensitif.

Selain butiran perbankan dan debit atau kad kredit, penipu akan memalsukan maklumat – seperti nama pengguna dan kata laluan – untuk mendapatkan akses ke platform pesanan atau akaun media sosial mangsa, kata Encik Chin.

“Mereka kemudian akan menyamar sebagai si mangsa dan mendekati keluarga, rakan dan rakan perniagaan mereka untuk pinjaman kewangan.”

Encik Chin menambah: “Itulah sebabnya penting memastikan platform pesanan dan akaun media sosial kita semua dijamin dengan ciri keselamatan tambahan, seperti pengesahan dua atau berbilang faktor. Ini akan membantu mengelakkan mereka daripada diambil alih oleh penipu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >