5 dibawa ke hospital selepas nahas libat beberapa kenderaan di SLE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 dibawa ke hospital selepas nahas libat beberapa kenderaan di SLE

Mar 14, 2026 | 5:59 PM

5 dibawa ke hospital selepas nahas libat beberapa kenderaan di SLE

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kemalangan melibatkan beberapa kenderaan itu berlaku di Ekspreswe Seletar (SLE) menuju ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), selepas susur keluar Upper Thomson Road.
Kemalangan melibatkan beberapa kenderaan itu berlaku di Ekspreswe Seletar (SLE) menuju ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), selepas susur keluar Upper Thomson Road. - Foto FACEBOOK SG TAXI DRIVERS, SINGAPURA CHANNEL

Lima individu dibawa ke hospital menyusuli kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe Seletar (SLE) pada pagi 14 Mac.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kejadian itu pada sekitar 10.05 pagi. Kemalangan berlaku di SLE menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), selepas susur keluar Upper Thomson Road.

Dua pemandu lori didapati tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota SCDF menggunakan alat penyelamat hidraulik.

Tiga daripada mangsa dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), manakala dua lagi dihantar ke Hospital Woodlands.

Foto kemalangan yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan sekurang-kurangnya empat kenderaan terlibat, menghalang ketiga-tiga lorong di jalan tersebut.

Sebuah lori dilihat terbalik di sisi jalan. 

Sebuah lagi lori, dengan bahagian depannya remuk, dipercayai telah merempuh pembahagi jalan.

Satu video yang dimuat naik di laman Facebook Roads.sg menunjukkan beberapa kenderaan berat berada di lorong kiri ekspreswe tersebut. 

Sebuah lori besar merempuh bahagian belakang sebuah lori yang lebih kecil, yang kemudian melanggar bahagian belakang lori lain sebelum lori tersebut terbalik dan terjatuh ke lorong sebelah.

Lori pertama yang dirempuh kemudian terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Menurut satu hantaran di akaun X Traffic News milik Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berlarutan sehingga Lentor Avenue.

Dalam statistik trafik tahunan, Polis Trafik (TP) berkata jumlah kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan meningkat daripada 7,053 kes pada 2024 kepada 7,560 kes pada 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg