Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 didakwa bagi kesalahan kegiatan keldai wang

Aug 4, 2024 | 7:24 PM
Lima individu akan didakwa di mahkamah pada 5 Ogos kerana disyaki terlibat dengan kegiatan keldai wang.
Lima individu akan didakwa di mahkamah pada 5 Ogos kerana disyaki terlibat dengan kegiatan keldai wang. - Foto ST

Tiga remaja berusia 16 hingga 17 tahun merupakan antara lima individu yang akan didakwa di mahkamah pada 5 Ogos kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keldai wang, termasuk menipu, membantu mendapatkan akses kepada bahan komputer secara tidak sah dan mendedahkan tanpa kebenaran kod akses Singpass.

Menurut kenyataan polis pada 4 Ogos, lima individu itu didakwa telah menyerahkan akaun bank dan Singpass mereka kepada sindiket jenayah bagi bayaran hingga $1,000.

Selain tiga remaja itu, dua suspek lain termasuk dua lelaki berusia 20 dan 33 tahun.

Difahamkan, ketiga-tiga remaja tersebut dan lelaki berusia 20 tahun itu telah menipu bank untuk membuka akaun bank peribadi baru dan menyerahkan butiran perbankan internet (iBanking) mereka kepada sindiket jenayah.

Lelaki berusia 33 tahun itu pula telah memberikan kod akses akaun Singpass miliknya kepada sindiket jenayah.

“Polis memandang serius terhadap kesalahan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pelakunya akan ditangani mengikut undang-undang.

“Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa individu akan dipertanggungjawabkan sekiranya mereka didapati mempunyai kaitan dengan jenayah sebegini,” kata polis dalam kenyataannya.

Untuk mengelak daripada terlibat dengan jenayah sedemikian, polis turut mengingatkan orang ramai bahawa mereka harus sentiasa menolak peluang menarik untuk memperoleh wang, yang menjanjikan pembayaran yang cepat dan mudah bagi penggunaan akaun peribadi mereka.

Ini termasuk membenarkan sesiapa sahaja menggunakan akaun Singpass mereka, akaun bank, atau membenarkan akaun bank peribadi mereka digunakan bagi menerima dan memindahkan wang untuk orang lain, kata polis.

Jika sabit kesalahan menipu, individu boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.

Mereka yang didapati bersalah mendapatkan akses kepada bahan komputer secara tidak sah boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda atau kededuanya sekali.

Bagi kesalahan mendedahkan kod akses secara tidak sah pula, orang ramai boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda atau kededuanya sekali.

“Polis memandang serius terhadap kesalahan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mungkin terlibat dalam penipuan, dan pelakunya akan ditangani mengikut undang-undang. Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa individu akan dipertanggungjawabkan sekiranya mereka didapati mempunyai kaitan dengan jenayah sebegini.”
Kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg