Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 perkara utama dalam sidang Parlimen 23 Sep

Sep 23, 2025 | 9:20 PM
Parlimen bersidang pada 23 September.
Parlimen bersidang pada 23 September. - Foto fail

Sidang Parlimen pada 23 September menyaksikan para Anggota Parlimen (AP) berbincang tentang pelbagai isu, termasuk pembulian di sekolah. Di samping itu, perbahasan Amanat Presiden diteruskan untuk hari kedua. Berikut lima perkara utama yang dikongsi semasa Sidang Parlimen pada 22 September.

1. Rakyat S’pura ada jangkaan jelas terhadap peranan PAP, WP: Ong Ye Kung

Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Ong Ye Kung, berkata para pengundi telah memberi isyarat bahawa mereka mempunyai jangkaan jelas tentang peranan parti pemerintah dan juga pembangkang, di mana “persaingan idea yang baik” boleh dimanfaatkan untuk membawa negara ke hadapan.

Beliau turut menyeru Parti Pekerja (WP) untuk mengemukakan idea jangka panjang mereka, visi alternatif yang jelas untuk tadbir urus, dan menggariskan laluan serta dasar mereka untuk membawa Singapura ke hadapan.

2. Pendekatan baru kerjasama dengan badan Melayu/Islam

Dalam usaha menggembleng sumber dan tenaga dalam menangani isu sosioekonomi dalam masyarakat dengan lebih baik, pasukan kepimpinan Melayu/Islam sedang meneroka pendekatan baru menyepadukan rangkaian kerjasama dengan badan masyarakat, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau turut mengetengahkan tiga bidang tumpuan untuk masyarakat – mempertingkat hasil sosial dan ekonomi; menyokong masyarakat mengamalkan agama dalam masyarakat berbilang budaya; dan melestarikan seni, budaya dan warisan Melayu.

3. MOE akan pertimbang semua saranan mengenai isu buli di sekolah

Idea seperti unit anti-buli berpusat, bimbingan pakar mengenai amalan pemulihan, dan penglibatan lebih besar daripada kumpulan sokongan ibu bapa kini sedang dikaji Kementerian Pendidikan (MOE), kata Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee.

Ini dalam usaha untuk membantu sekolah menangani isu buli, dengan saranan muktamad akan dikeluarkan pada separuh pertama 2026.

4. NTUC, Mendaki kerjasama bantu pekerja PME matang

Golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) matang Melayu/Islam akan menerima lebih banyak bantuan untuk menyesuaikan diri dengan pasaran pekerjaan yang berubah dan beralih ke kerjaya kedua melalui kerjasama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Mendaki.

Langkah tersebut dibuat bagi memastikan golongan ini kekal relevan dan boleh diambil bekerja dalam industri, lebih-lebih lagi dengan kecerdasan buatan (AI) terus mengubah landskap industri dan pekerjaan, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

5. Perkasa rakyat sesuaikan diri dengan transformasi ekonomi

Pemerintah memberi jaminan tiada rakyat Singapura akan ketinggalan di belakang sedang ekonomi menjalani transformasi, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Dr Koh Poh Koon.

Rakyat akan diperkasa untuk merebut peluang, antaranya, dengan dilengkapi kemahiran untuk menyesuaikan diri pada perkembangan teknologi serta demografi, dan dengan mewujudkan laluan bagi kemajuan kerjaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg