Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pelakon Dynas Mokhtar hilang RM30,000 dek transaksi ‘pelik’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pelakon Dynas Mokhtar hilang RM30,000 dek transaksi ‘pelik’

Jan 17, 2024 | 12:44 PM



Pelakon Dynas Mokhtar berputih mata apabila kehilangan wang simpanan sebanyak RM29,313 ($8,358) menerusi transaksi mata wang asing pelik.

Kejadian malang itu hanya disedari pelakon berusia 40 tahun itu ketika beliau mahu membuat pemindahan wang untuk membayar gaji pembantu peribadinya pada 13 Januari.

Dalam satu perkongsian video di laman sosialnya pada 16 Januari, Dynas tidak mendedahkan institusi kewangan atau bank terbabit kerana kes masih dalam siasatan polis.

Menceritakan kejadian itu, Dynas, yang nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, berkata beliau baru pulang ke rumah selepas tamat penggambaran dan berhasrat membuat pembayaran gaji pembantu peribadinya.

“Ketika itulah baru perasan hampir semua wang simpanan lesap. Saya tidak mempunyai kad kredit, sebaliknya memilih menggunakan kad debit, kononnya untuk mengelak daripada berhutang.

“Apabila menyemak penyata akaun, saya melihat ada transaksi mata wang asing yang pelik-pelik.

“Tapi, saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak sebab perkara ini masih dalam siasatan dan laporan polis juga sudah dibuat,” katanya, yang membuat laporan di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Dynas, yang menggeletar ketika memberikan kenyataan dalam media sosial, memohon kepada orang ramai agar mendoakan supaya beliau memperoleh kembali wang itu, dan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati supaya kejadian itu tidak menimpa mereka.

“Saya tak mahu orang lain melalui pengalaman sama seperti saya. Ini berlaku bukan sebab klik pada pautan, tapi semua orang kena berhati-hati supaya tak dedahkan nombor kad debit.

“Selain itu, jangan letak duit banyak dalam akaun bank yang guna kad debit. Kita tak tahu mungkin ada orang yang boleh klon kad, sedangkan di situlah segala wang kita letakkan kononnya tak perlu berhutang bila nak buat sesuatu pembayaran.


“Simpanlah wang di tempat lebih selamat. Sekarang, semua wang sudah lesap, saya sudah tak tahu di mana atau apa lagi yang selamat sekarang.


“Kita berada di zaman pembayaran mudah alih (cashless), segala transaksi dibuat secara dalam talian, tapi adakah semua itu selamat? Doakan saya semua” pinta Dynas.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Amihizam Abdul Shukor, mengesahkan menerima laporan Dynas dan sudah membuka kertas siasatan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, ketika menyemak penyata akaun, Dynas mendapati terdapat 11 transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuannya dari 8 hingga 12 Januari.

“Mangsa membuat laporan polis menafikan dan menyatakan tidak pernah memberikan butiran peribadi perbankan kepada mana-mana pihak.

“Beliau turut menafikan ada menerima mahupun berkongsi kata laluan sekali (OTP) membabitkan semua transaksi berkenaan kepada mana-mana pihak,” kata AC Amihizam dalam satu kenyataan pada 16 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >