Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 tuduhan Iswaran akui salah

Sep 24, 2024 | 6:54 PM
Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, dipinda kepada tuduhan di bawah Seksyen 165.
Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, dipinda kepada tuduhan di bawah Seksyen 165. - Foto ST

Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, mengaku bersalah bagi empat tuduhan menerima barangan berharga seperti tiket Grand Prix Formula 1 dan basikal Brompton T Line sebagai penjawat awam.

Dia juga mengaku bersalah bagi satu tuduhan menghalang proses keadilan, lapor The Straits Times.

Iswaran pada asalnya menghadapi 35 tuduhan, termasuk dua di bawah Akta Pencegahan Rasuah (PCA).

Tuduhan rasuah itu dipinda kepada tuduhan di bawah Seksyen 165, yang menghukum penjawat awam yang memperoleh atau menerima hadiah daripada individu yang mempunyai urusan rasmi dengan penjawat awam tersebut.

Berikut adalah lima tuduhan yang beliau disabitkan bersalah. Baki 30 tuduhan akan diambil kira apabila hukuman dijatuhkan.

1. Dapat tiket Grand Prix Singapura Formula 1 pada 2017

Pada September 2017, Iswaran memperoleh 10 tiket Green Room bagi Grand Prix Formula 1 2017 berharga $42,265 daripada pengerusi Singapore GP, Encik Ong Beng Seng.

Tetamu yang mempunyai tiket Green Room mendapat akses ke semua zon dan pentas hiburan, bar terbuka dengan wain, bir dan minuman ringan, serta duta suite khusus untuk menjaga keperluan tetamu.

2. Dapat tiket penerbangan dan penginapan hotel di Doha

Pada Disember 2022, Iswaran menaiki penerbangan dengan pesawat peribadi Encik Ong dari Singapura ke Doha bernilai kira-kira AS$7,700 (sekitar $10,410).

Melalui Singapore GP, dia turut menaiki penerbangan kelas perniagaan dari Doha ke Singapura bernilai $5,700.

Dia juga menginap semalam di Four Seasons Hotel Doha berharga $4,737.

3. Halang keadilan

Iswaran menghalang keadilan dengan membayar $5,700 kepada Singapore GP untuk menampung kos tiket penerbangan kelas perniagaannya dari Doha ke Singapura pada 11 Disember 2022. Penerbangan itu ditanggung Encik Ong melalui Singapore GP.

4. Dapat 14 botol alkohol

Pada Januari 2022, Iswaran memperoleh 14 botol alkohol melalui Encik Lum Kok Seng, pengarah urusan Lum Chang Holdings, sebuah firma pengurusan hartanah, reka bentuk dalaman dan pembinaan.

Ia terdiri daripada dua botol wiski Gordon & MacPhail Caol Ila berharga kira-kira $542.23; tiga botol wain L’Evangile 2014 ($394.20); tiga botol wain Pauillac De Latour 2015 ($186.31); tiga botol wain Albert Bichot Domaine du Clos Frantin Grands Echezeaux Grand Cru 2015 ($1,177.21); dan tiga botol wain Pichon Lalande 2010 ($955.80).

5. Dapat basikal Brompton T Line

Pada Jun 2022, Iswaran memperoleh basikal Brompton T Line berharga kira-kira $7,907 daripada Encik Lum.

Basikal T Line adalah basikal paling ringan yang dibuat oleh jenama British itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg