Sebanyak 45 tiket bagi perbicaraan kes mahkamah mantan menteri pengangkutan, S. Iswaran, pada 24 September disediakan untuk media dan orang awam. Ia mula diagihkan pada 7 pagi.
Orang pertama yang beratur untuk mendapatkan tiket itu, Encik Darren Tan, 24 tahun, berkata beliau tiba di Mahkamah Agung sekitar 5 pagi, kerana bimbang semua tiket akan direbut.
“Saya ingin melihat bagaimana kes ini diselesaikan,” kata Encik Tan, seorang kustodian perantis di sebuah bank.
Beliau mengambil cuti sehari untuk menghadiri perbicaraan itu, lapor The Straits Times.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg