Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 hujung minggu panjang pada 2026  

Jun 16, 2025 | 12:42 PM
Singapura, cuti, hujung minggu, 2026
Enam hujung minggu panjang pada 2026 merupakan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya, iaitu empat pada 2025 dan lima pada 2024. - Foto ST

Rakyat Singapura bakal menikmati enam hujung minggu panjang pada 2026, menurut senarai cuti umum yang diwartakan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 16 Jun.

Terdapat 11 cuti umum bagi tahun tersebut, bermula dengan Tahun Baru yang jatuh pada Khamis, 1 Januari.

Good Friday pada 3 April akan menjadi cuti umum pertama dengan hujung minggu panjang.

Hari Pekerja (1 Mei) dan Hari Krismas (25 Disember) juga jatuh pada hari Jumaat.

Sementara itu, Hari Vesak (31 Mei), Hari Kebangsaan (9 Ogos) dan Deepavali (8 November) akan jatuh pada hari Ahad, dan oleh itu, hari Isnin berikutnya akan diisytihar sebagai cuti umum gantian.

Cuti-cuti umum lain termasuk Tahun Baru Cina pada 17 dan 18 Februari (Selasa dan Rabu), Hari Raya Puasa pada 21 Mac (Sabtu) dan Hari Raya Haji pada 27 Mei (Rabu).

Jumlah enam hujung minggu panjang itu merupakan peningkatan berbanding empat pada 2025 dan lima pada 2024.

Menurut MOM, di bawah akta pekerjaan, para pekerja berhak menerima gaji bagi 11 cuti umum tersebut.

Bagaimanapun, majikan dan pekerja boleh bersetuju untuk menggantikan cuti umum tersebut dengan hari bekerja yang lain.

Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti umum berhak menerima tambahan satu hari gaji pada kadar asas, selain daripada gaji penuh harian mereka.

Majikan juga boleh memberikan cuti gantian, berdasarkan jumlah jam kerja yang dipersetujui untuk hari cuti umum tersebut.

Peraturan itu terpakai kepada pekerja buruh yang berpendapatan lebih daripada $4,500 sebulan, pekerja bukan buruh yang berpendapatan lebih $2,600 sebulan, serta golongan pengurus dan eksekutif.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg