Mulai 26 Februari, enam Pos Polis Kejiranan (NPP) di River Valley, Bukit Panjang North, Tiong Bahru, MacPherson, Mountbatten dan Hong Kah South akan ditutup terus.
Menurut satu catatan di Facebook pada 19 Februari, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata bahawa penutupan itu disebabkan oleh jarak antara NPP berkenaan dengan NPP dan Pusat Polis Kejiranan (NPC) yang lain.
“Untuk pastikan titik sentuh perkhidmatan polis tersebar luas dengan lebih baik di seluruh Singapura, enam NPP akan ditutup terus mulai 26 Februari kerana berdekatan dengan titik sentuh perkhidmatan sedia ada.
“Selain itu, lapan NPP baru akan dibina menjelang 2025. Butiran lanjut mengenai NPP baru dan lokasi masing-masing akan dikongsi dalam masa terdekat,” kata SPF.
Dalam catatan tersebut, SPF turut menggesa penduduk supaya terus ke NPP atau NPC terdekat untuk mendapatkan bantuan, jika perlu.
“Untuk melaporkan kes bukan kecemasan dan akses kepada perkhidmatan polis lain, penduduk juga boleh mengunjungi Pusat Polis elektronik di http://www.police.gov.sg/e-services.
“Penduduk yang memerlukan bantuan polis segera perlu menghubungi 999,” kata SPF.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg