Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kes jenayah fizikal pada 2023 turun sedikit berbanding 2022

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes jenayah fizikal pada 2023 turun sedikit berbanding 2022

Polis: Kecurian di kedai kekal sebagai jenayah fizikal utama pada 2023
Feb 19, 2024 | 03:00 PM



Kes kecurian di kedai terus mencatatkan peningkatan dengan 3,939 kes dicatatkan pada 2023 berbanding 3,244 kes pada 2022. Jumlah kes kecurian di kedai pada 2021 adalah 2,652.

Malah ia membentuk bahagian tertinggi, iaitu 19.7 peratus atau hampir seperlima daripada kes jenayah fizikal keseluruhan bagi 2023 – kenaikan daripada 16.1 peratus pada 2022.

Sungguhpun demikian, jumlah kes jenayah fizikal kekal stabil dengan 19,966 kes dicatatkan pada 2023.

Demikian didedahkan polis dalam Laporan Tahunan Jenayah 2023 pada 19 Februari.

Perangkaan tersebut merupakan penurunan 1.1 peratus berbanding 2022 dengan 20,193 kes.

Pengarah Jabatan Operasi polis, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Gregory Tan, menjelaskan: “Jenayah fizikal melihat penurunan pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

“Ia tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan kukuh daripada pihak berkepentingan kami dan masyarakat untuk melaksanakan langkah pencegahan jenayah.”

Menurut laporan tersebut, sebahagian besar kes kecurian di kedai (68.1 peratus) berlaku di kedai runcit seperti pasar serbaneka, farmasi dan pasar raya.

“Barangan yang biasanya dicuri termasuk makanan dan minuman, produk penjagaan diri, minuman keras, pakaian/aksesori, kosmetik dan suplemen perubatan/kesihatan,” jelas laporan itu.

Polis menegaskan bahawa cara paling berkesan bagi menangani kecurian di kedai adalah dengan peruncit mengambil langkah pencegahan bagi melindungi perniagaan daripada menjadi mangsa kecurian.

Ia menggalakkan semua peruncit untuk menyertai Program Kesedaran Kecurian Kedai untuk Peruncit (Star).

Di bawah program ini, laporan itu berkongsi bahawa polis bekerjasama dengan peruncit bagi menganalisis faktor risiko dan kelemahan kedai terhadap kecurian.

Ia kemudian mengenal pasti langkah pencegahan jenayah praktikal yang boleh diguna pakai peruncit terlibat.

Setakat 31 Disember 2023, polis menyatakan 201 perniagaan runcit yang telah menyertai Program Star.

Selain kecurian di kedai, laporan itu turut mendedahkan kecurian di kediaman, kes cabul dan kes mengintai atau voyeurisme merupakan antara jenayah utama yang menjadi kebimbangan.


Kes kecurian di kediaman turun kepada 1,695 kes pada 2023 daripada 1,729 kes bagi 2022 dan membentuk 8.5 peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal keseluruhan.

Sebahagian besar (60.2 peratus) kes kecurian di kediaman perumahan dan komersial dilakukan atau disyaki dilakukan oleh pelaku yang dikenali mangsa.

Hal yang serupa juga didapati bagi kes cabul, dengan lebih 50 peratus daripada kes melibatkan pelaku yang dikenali mangsa.

Dalam laporan polis, perangkaan kes cabul turun daripada 1,610 kes pada 2022 kepada 1,528 pada 2023 dan membentuk 7.7 peratus daripada kes jenayah fizikal keseluruhan.

Ia menjelaskan tiga lokasi utama tempat jenayah ini berlaku – di kawasan perumahan, rangkaian pengangkutan awam dan kawasan hiburan malam.

Perangkaan kes mengintai pula meningkat kepada 476 kes pada 2023 berbanding 424 kes pada 2022 dan membentuk 2.4 peratus daripada jumlah kes jenayah fizikal keseluruhan.

Menurut laporan itu, lokasi utama kes mengintai berlaku adalah di kawasan perumahan, kompleks beli-belah dan rangkaian pengangkutan awam.

Jumlah kes mengintai di rangkaian pengangkutan awam stabil meskipun jumlah penumpang meningkat dengan 56 kes dilaporkan pada 2023 berbanding 55 kes pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >