Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

62 individu disiasat dalam operasi penguatkuasaan berbilang agensi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

62 individu disiasat dalam operasi penguatkuasaan berbilang agensi

Mar 08, 2024 | 03:25 PM



Irama lagu dan alunan suara bergema tatkala kaki melangkah ke dalam pusat beli-belah Cuppage Plaza pada lewat malam.

Apa tidaknya, selain restoran dan kedai urut, pusat beli-belah itu sebahagian besarnya dipenuhi kelab malam dan kelab karaoke (KTV).

Keadaan sekeliling juga menjadi hingar-bingar di deretan kelab hiburan dan KTV di sekitar kawasan pusat tersebut.

Pelanggan, tidak kira jantina mahupun warga negara, berlibur sambil terbuai alunan lagu dan ‘belaian’ pelayan di kelab-kelab tersebut.

Namun bagi pelanggan dan pelayan malam di salah satu KTV di pusat beli-belah itu, buaian keseronokan terbantut buat seketika setelah pihak berkuasa membuat serbuan sekitar 11.30 malam pada 1 Mac.

Serbuan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada operasi penguatkuasaan yang dijalankan dari 28 Februari hingga 2 Mac.

Dalam satu kenyataan media pada 8 Mac, polis menyatakan operasi itu diketuai Pasukan Polis Singapura (SPF) Divisyen Tanglin bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Ia menambah operasi sedemikian adalah sebahagian daripada usaha berterusan membanteras jenayah dan kegiatan haram.

Berita Harian (BH) dan beberapa media tempatan sempat mengikuti penguatkuasa dalam operasi itu pada 1 Mac dan 2 Mac untuk melihat bagaimana ia berlangsung.


Apabila BH tiba di tapak lokasi pertama di aras basemen pusat beli-belah tersebut, pelayan wanita kelab terbabit dihimpunkan dalam salah satu daripada 18 bilik menyanyi untuk disoal siasat pegawai penguatkuasaan.







Rata-rata, pelayan sedemikian berpakaian menjolok mata dan terdiri daripada warga asing, berdasarkan dokumen pengenalan yang dikemukakan.

Dalam bilik itu, beberapa barang terlarang seperti vape juga ditemui pada pelayan.

Hal serupa juga dapat dilihat di lokasi KTV kedua di Pusat Bbeli-Belah Far East, sekitar 1.30 pagi pada 2 Mac.

KTV itu lebih padat dengan pelanggan, dengan setiap satu daripada 26 bilik menyanyi berpenghuni.

Beberapa kasut tumit tinggi dilihat terdampar di lantai pintu masuk KTV dan difahamkan segelintir pelayan cuba meloloskan diri apabila lokasi itu diserbu pihak berkuasa.







Dalam operasi pada 1 dan 2 Mac itu, polis menjelaskan 12 wanita berusia 25-35 tahun diberkas bagi kesalahan di bawah Piagam Wanita 1961, manakala dua lelaki dan lapan wanita berusia 21-43 tahun diberkas kerana kesalahan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing 1990 (EFMA).

Ia menambah salah seorang wanita yang diberkas kerana kesalahan di bawah EFMA dan lima wanita lain diberkas kerana disyaki atas kesalahan dadah di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah 1973.

Di samping itu, tiga daripada wanita yang diberkas dan enam lelaki lain didapati ada vape, iaitu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan) Tembakau.

Secara berasingan pada 28 dan 29 Februari, pegawai polis dari Divisyen Tanglin turut menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap beberapa rumah urut dan unit komersial di sepanjang Balestier Road, Orchard Road, Thomson Road dan River Valley Road.

Polis menyatakan seramai 22 wanita berusia 23-46 tahun diberkas kerana kesalahan di bawah Akta Piagam Wanita 1961.

Selain itu pada 28 Februari, pegawai polis dari Divisyen Tanglin turut menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan perjudian haram di kawasan Whampoa, yang menyaksikan lima lelaki diberkas di bawah Akta Kawalan Perjudian 2022.

Wang tunai lebih $2,300, telefon bimbit dan alat berkaitan perjudian lain disita sebagai bahan bukti.

Secara keseluruhan, seramai 14 lelaki dan 48 wanita sedang disiasat berhubung pelbagai kesalahan.

Ketua Divisyen Polis Tanglin, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Cheong Chee Ming berkata: “Kami akan terus kekalkan rentak operasi dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang lain untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan haram.

“Pesalah akan ditangani secara tegas mengikut undang-undang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >