Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

65 diberkas dalam serbuan CNB 

Sep 16, 2024 | 2:40 PM
Sebahagian daripada dadah dan peralatan yang dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi antidadah serata negara dari 9 hingga 13 September.
Sebahagian daripada dadah dan peralatan yang dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi antidadah serata negara dari 9 hingga 13 September. - Foto BIRO NARKOTIK PUSAT (CNB)

Seramai 65 orang yang disyaki menyalah guna dadah diberkas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi antidadah serata negara dari 9 hingga 13 September.

CNB dalam kenyataan pada 16 September berkata, ia merampas 945 gram heroin, 201 gram Ice, atau metamfetamin, 158 gram ganja, 20 gram Ecstasy, 9 gram ketamin, 428 pil Erimin-5, dan lima botol cecair yang disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate) semasa operasi tersebut. 

Operasi merangkumi kawasan Bedok, Buangkok, Clementi, Geylang Bahru, Marine Parade dan Tampines.

Seorang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun merupakan suspek paling muda ditangkap kerana disyaki mengedar dadah.

Dalam kalangan 65 orang itu, tiga lelaki berumur 45, 51, dan 55 tahun ditemui memiliki 896 gram heroin, 146 gram Ice, 43 gram ganja, 20 gram Ecstasy, 9 gram ketamin, dan 332 pil Erimin-5.

Keseluruhan dadah yang dirampas itu bernilai kira-kira $120,000 dan boleh digunakan oleh kira-kira 510 penyalah guna dadah selama seminggu. Mereka ditahan pada 11 September.

CNB turut menangkap seorang lelaki berumur 33 tahun pada 11 September kerana disyaki mengedar dadah dalam serbuan ke atas rumahnya di Bedok North Street 2.

Kira-kira 123 gram ganja dan beberapa peralatan dadah dirampas dari rumahnya.

Siasatan ke atas semua suspek sedang dijalankan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengedar lebih 15 gram heroin tulen atau 500 gram ganja berdepan hukuman mati.

Pada 2023, CNB merampas dadah yang dianggar bernilai $15.58 juta, berbanding $16.66 juta dadah yang dirampas pada 2022.

Antara dadah yang dirampas pada 2023 ialah 83 kilogram heroin dan 70.19 kilogram ganja, berbanding 68.22 kilogram dan 133.41 kilogram ganja pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg