Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keluarga main peranan penting cegah penyalahgunaan dadah

Sep 6, 2024 | 5:00 AM
(Dari kiri) Hos undangan NoTapis yang juga pempengaruh, Cik Pamela Lee Nur Shuhadah bersama tetamunya, Encik Danial Iskandar Azeman, Encik Muhammad Aqil Danish Helmi dan Encik Shaikh Loqman Shaikh Hasan dalam episod 3 siri vodcast Berita Harian bersama Biro Narkotik Pusat (CNB) yang mengupas peranan penting keluarga dalam mencegah anak muda daripada penyalahgunaan dadah.
(Dari kiri) Hos undangan NoTapis yang juga pempengaruh, Cik Pamela Lee Nur Shuhadah bersama tetamunya, Encik Danial Iskandar Azeman, Encik Muhammad Aqil Danish Helmi dan Encik Shaikh Loqman Shaikh Hasan dalam episod 3 siri vodcast Berita Harian bersama Biro Narkotik Pusat (CNB) yang mengupas peranan penting keluarga dalam mencegah anak muda daripada penyalahgunaan dadah. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Watch on YouTube

Ibu bapa harus lebih melibatkan diri dengan anak-anak supaya dapat mengambil langkah pertama apabila mula mengesan masalah dadah dalam anak-anak mereka.

Ini dibincangkan dalam episod ketiga siri podcast NoTapis dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB).

Antara tetamu yang menyertai episod itu termasuk Encik Danial Iskandar Azeman dan Encik Muhammad Aqil Danish Helmi yang berkongsi tentang pengalaman mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah pada usia muda, yang antara lain berpunca daripada keadaan keluarga yang kurang stabil dan pengaruh teman-teman. 

Turut sertai perbincangan itu ialah Kaunselor Kanan AMP Singapura, Encik Shaikh Loqman Shaikh Hasan.

Dalam episod NoTapis ini, Encik Loqman menekankan pentingnya ibu bapa melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak supaya lebih peka terhadap kegiatan harian mereka.

Menurutnya, dengan ini, ia membolehkan memainkan peranan dalam mencagah salah guna dadah.

Episod podcast ini dihoskan oleh pempengaruh Pamela Lee Nur Shuhadah.

Ini merupakan episod ketiga daripada siri empat episod, yang diterbitkan dengan kerjasama CNB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg