Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

690,000 warga telah guna tambah nilai $500 Kredit SkillsFuture

Dec 3, 2024 | 6:55 PM
Tambah nilai kredit $500 sekali sahaja telah diberikan kepada semua warga Singapura berumur 25 tahun dan ke atas pada Oktober 2020 untuk menyokong latihan kemahiran dan pembangunan mereka.
Tambah nilai kredit $500 sekali sahaja telah diberikan kepada semua warga Singapura berumur 25 tahun dan ke atas pada Oktober 2020 untuk menyokong latihan kemahiran dan pembangunan mereka. - Foto ST

Kira-kira 690,000 rakyat Singapura, atau 26 peratus daripada mereka yang layak, telah menggunakan tambah nilai Kredit SkillsFuture (SFC) mereka yang diberikan pada 2020.

SkillsFuture Singapura (SSG) memberikan angka itu dalam satu kenyataan pada 3 Disember sebagai menjawab pertanyaan daripada The Straits Times mengenai tambah nilai kredit sekali sahaja sebanyak $500 itu.

Tambah nilai tersebut diberi kepada semua warga Singapura berusia 25 tahun dan ke atas pada Oktober 2020 untuk menyokong latihan kemahiran dan pembangunan mereka.

Kredit itu akan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.

Lebih ramai individu berusia antara 40 dengan 49 tahun telah menggunakan tambah nilai itu sejak Oktober 2020 hingga 26 November 2024, dengan 31 peratus berbuat demikian, berbanding 21 peratus daripada kalangan yang berusia 60 tahun ke atas.

Kira-kira 30 peratus daripada mereka dalam kumpulan umur lain – 25 hingga 29 tahun, 30 hingga 39 tahun dan 50 hingga 59 tahun – telah menggunakan kredit mereka.

Kredit itu berasingan daripada bahagian pertama kredit SkillsFuture sebanyak $500 yang rakyat Singapura peroleh apabila mereka mencapai usia 25 tahun.

Mereka yang berumur 40 hingga 60 tahun pada 31 Disember 2020 diberi kredit tambahan $500 sebagai sokongan pertengahan kerjaya.

Kedua-dua kredit itu tiada tempoh tamat.

Begitu juga pada 1 Mei 2024, warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas diberikan kredit tambahan $4,000.

Kredit baru itu boleh digabungkan dengan baki kredit pertengahan kerjaya yang diberikan sebelum ini.

Tiga bidang latihan teratas yang dibiayai kredit SkillsFuture ialah maklumat dan komunikasi, makanan dan minuman, serta keselamatan dan penyiasatan, kata SSG, yang merupakan badan kebangsaan bagi pembangunan kemahiran.

Dalam kenyataannya, agensi itu mengingatkan pelajar kursus supaya “mendaftar untuk sesuatu kursus dengan matlamat pembelajaran yang jelas bagi diri mereka sendiri, dan bukannya mendaftar ekoran tekanan daripada ejen pemasaran”.

“Selain itu, pelajar harus sedar bahawa penyedia latihan tidak dibenarkan menawarkan wang tunai atau insentif lain untuk menggalak orang ramai mendaftar kursus yang dibiayai atau disokong oleh SSG,” katanya sambil menambah bahawa syarikat yang menawarkan insentif seperti itu melanggar terma dan syarat SSG.

Jika orang ramai terjumpa penyedia latihan sedemikian, mereka boleh memberi maklum balas di www.skillsfuture.gov.sg/feedback untuk membantu “menyingkirkan amalan buruk sedemikian yang bukan untuk kepentingan orang ramai,” kata SSG.

Kursus yang layak boleh didapati di Portal MySkillsFuture, dengan maklumat lanjut mengenai kursus berkaitan yang terdapat dalam laporan Permintaan Kemahiran untuk Ekonomi Masa Hadapan agensi itu, yang akan dikeluarkan pada Januari 2025, kata SSG.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg