Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 dibawa ke hospital selepas nahas di Tuas

Oct 24, 2024 | 2:25 PM
Kemalangan berlaku di persimpangan Tuas Avenue 20 dan Pioneer Road, berhampiran stesen MRT Tuas West Road, sekitar 5.40 petang 23 Oktober melibatkan bas, lori dan motosikal.
Kemalangan berlaku di persimpangan Tuas Avenue 20 dan Pioneer Road, berhampiran stesen MRT Tuas West Road, sekitar 5.40 petang 23 Oktober melibatkan bas, lori dan motosikal. - Foto ZAOBAO

Tujuh orang dibawa ke hospital selepas pertembungan antara bas, lori dengan motosikal, yang berlaku berhampiran stesen MRT Tuas West Road pada 23 Oktober.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di persimpangan Tuas Avenue 20 dan Pioneer Road itu sekitar 5.40 petang.

Lima penumpang bas berusia antara 31 dengan 69 tahun; pemandu lori, lelaki berusia 39 tahun; dan seorang penunggang motosikal, lelaki berusia 31 tahun telah dibawa ke hospital, lapor The Straits Times.

Semua berada dalam keadaan sedar.

Enam daripada mereka telah dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH), manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), menurut SCDF.

Seorang lagi individu didapati mengalami kecederaan ringan, tetapi beliau menolak untuk dibawa ke hospital, tambah SCDF.

Dalam gambar kemalangan yang diterbitkan oleh Lianhe Zaobao, kelihatan lori mengalami kerosakan teruk, dengan kanopi terbelah dan bahagian hadapannya remuk, bersebelahan bas besar yang tercalar, dengan cermin di bahagian hadapannya pecah.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg