Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 pusat tukaran bas lebih mesra keluarga, mudah diakses jelang 2027

Aug 16, 2024 | 5:38 PM
Lakaran artis mengenai Pusat Tukaran Bas Ang Mo Kio selepas kerja-kerja menaik taraf, termasuk pemasangan papan tanda bercahaya, selesai dibina.
Lakaran artis mengenai Pusat Tukaran Bas Ang Mo Kio selepas kerja-kerja menaik taraf, termasuk pemasangan papan tanda bercahaya, selesai dibina. - Foto LTA

Pengguna pengangkutan awam boleh menjangkakan lebih banyak kemudahan mesra keluarga seperti bilik penjagaan bayi di tujuh pusat tukaran bas di serata Singapura menjelang 2027.

Pusat tukaran bas di Ang Mo Kio, Bedok, Boon Lay, Clementi, Sengkang, Serangoon dan Toa Payoh itu bakal menjalani kerja-kerja menaik taraf mulai Ogos untuk menyediakan kemudahan lebih baik dan menarik.

Ini termasuk memudahkan akses kepada orang ramai, meningkatkan keselesaan penumpang termasuk golongan kurang upaya, selain menambah baik kemudahan kakitangan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 16 Ogos.

Apabila siap kelak, tujuh pusat tukaran bas itu akan turut menyediakan zon beratur yang memberi keutamaan kepada warga emas, selain menyediakan lebih banyak tempat duduk, bilik jagaan penumpang, bilik kemudahan bayi dan tandas keluarga.

Pusat tukaran bas itu akan juga mempunyai tandas yang mudah diakses pengguna berkerusi roda.

Bagi membantu mereka yang cacat penglihatan, laluan khas dengan jubin yang mempunyai kesan timbul di lantai dan tanda Braille pada susur tangan juga disediakan.

Di samping itu, kemudahan pekerja seperti ruang istirahat kakitangan dan kaunter perkhidmatan penumpang akan dinaik taraf, dan sistem pencahayaan dan penghawa dingin akan diganti dan dipertingkat, lapor The Straits Times (ST).

Penambahbaikan itu serupa dengan pelbagai ciri terkini yang terdapat di pusat tukaran bas baru seperti yang terdapat di Jurong Town Hall dan estet perumahan Tengah, kata LTA.

Menurut LTA, operasi bas tidak akan terjejas semasa kerja-kerja peningkatan pusat tukaran bas itu dijalankan.

Untuk mengurangkan kesan gangguan ketika kerja-kerja pembaikian dijalankan, kerja-kerja yang melibatkan kesemua kawasan penumpang naik dan turun bas, akan dijalankan secara berperingkat dengan langkah diambil untuk mengurangkan bunyi bising dan habuk.

“LTA juga akan bekerjasama dengan pengendali pengangkutan awam untuk memasang pelbagai papan tanda arah sebagai panduan kepada penumpang,” kata LTA.

LTA menawarkan tender bagi kerja menaik taraf di tujuh pusat tukaran bas itu di portal perniagaan pemerintah GeBIZ pada 2022.

Tujuh pusat tukaran bas itu dibuka untuk kegunaan ramai dari 2004 hingga 2014.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg