Topik diikuti
Pergi ke BHku8 dikejar ke hospital susulan kebakaran di dormitori Tuas
8 dikejar ke hospital susulan kebakaran di dormitori Tuas
8 dikejar ke hospital susulan kebakaran di dormitori Tuas
Seramai lapan individu dikejarkan ke hospital selepas satu kebakaran tercetus di sebuah dormitori di Tuas pada 8 Julai, termasuk dua mangsa yang mengalami kelecuran ringan.
Kebakaran tersebut melibatkan barang yang diletakkan di pintu masuk sebuah unit dormitori di tingkat dua, yang terletak di 1 Tuas Avenue 8.
Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 11.40 pagi, 8 Julai.
SCDF berjaya memadamkan kebakaran menggunakan gelung hos.
Seramai lapan mangsa dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) selepas menjalani pemeriksaan awal akibat terhidu asap.
Dua daripada mangsa tersebut mengalami kecederaan melecur ringan, kata SCDF.
Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
Laporan perangkaan tahunan SCDF yang dikeluarkan pada 11 Februari menyatakan terdapat peningkatan dalam jumlah mangsa yang tercedera akibat kebakaran.
Angka tersebut meningkat daripada 80 orang pada 2024 kepada 94 orang pada 2025.
