Bas SBS Transit terbakar di PIE, tiada cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas SBS Transit terbakar di PIE, tiada cedera

Feb 13, 2026 | 8:04 PM

Bas SBS Transit terbakar di PIE, tiada cedera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, fire, kebakaran, SBS Transit, bus, bas, PIE, SCDF, LTA
Bas SBS Transit kelihatan dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada 13 Februari. - Foto TELEGRAM TRAFFIC NEWS

Sebuah bas SBS Transit terbakar di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), mengakibatkan kepulan asap hitam menyelubungi ruang udara pada 13 Februari.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di ekspreswe tersebut – yang menghala ke arah Tuas, sebelum susur keluar di Clementi Road – pada sekitar 11.45 pagi.

Api dipadamkan menggunakan dua jet air, tambah SCDF.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat.

Jurucakap SBS Transit, Cik Grace Wu, berkata tiada penumpang di dalam bas yang ada pada masa itu.

Pemandu bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut, tambahnya.

Dalam satu rakaman video yang dikongsi melalui Telegram pada 13 Februari, bas SBS Transit itu kelihatan dijilat api di bahu jalan ekspreswe itu.

Bunyi letupan kedengaran di tengah-tengah bunyi siren yang datang dari jauh, sedang asap hitam tebal kelihatan keluar dari kenderaan tersebut.

Satu lagi video oleh pengguna Facebook, Cik Ellen Teo, menunjukkan dua pegawai polis trafik mengawal lalu lintas berhampiran bas yang terbakar.

Sekurang-kurangnya tiga laluan ekspreswe tersebut kelihatan terhalang.

Beberapa video lain yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan bas tersebut hanya tinggal rangka susulan kejadian kebakaran.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dalam satu kiriman di X pada 13 Februari, berkata kesesakan berlaku di PIE sehingga ke Adam Road.

Sebelum ini, pada Oktober 2025, seramai 40 penumpang dipindahkan dari sebuah bas SMRT selepas kebakaran berlaku di bahagian enjin kenderaan itu ketika ia sedang bergerak di PIE.

Menurut laporan perangkaan tahunan SCDF yang dikeluarkan awal Februari, terdapat 226 kebakaran kenderaan pada 2025 berbanding 257 kes pada 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg