Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8,000 baju kurung jaya diagih buat keluarga susah sepanjang Ramadan

Apr 11, 2024 | 11:27 AM
Badan kebajikan, Vision 21, telah bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Batok East, Boon Lay, Bedok dan Kaki Bukit, untuk mengagihkan baju kurung secara percuma buat keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang Ramadan.
Badan kebajikan, Vision 21, telah bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Batok East, Boon Lay, Bedok dan Kaki Bukit, untuk mengagihkan baju kurung secara percuma buat keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang Ramadan. - Foto VISION 21

Sekitar 8,000 baju kurung – termasuk baju kurung lelaki, perempuan dan kanak-kanak – telah diagihkan secara percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan sepanjang Ramadan di bawah satu inisiatif ‘Gift A Baju Kurung’ oleh badan kebajikan, Vision 21.

Pada 6 April, badan tersebut telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) daripada tiga kelab masyarakat – Boon Lay, Bedok dan Kaki Bukit – untuk mengagihkan sekitar 4,000 baju kurung.

Acara pengagihan di tiga lokasi itu turut menarik sekitar 400 keluarga yang memerlukan.

Sebelum ini, sebanyak 4,000 baju kurung juga telah diagihkan dalam satu acara di Masjid Ar-Raudhah di Bukit Batok East pada 28 Mac, khusus buat keluarga kurang bernasib baik dari Bukit Batok East, Jurong East, Bedok dan Beach Road.

Acara tersebut dianjurkan Vision 21 bersama MAEC Bukit Batok East, Masjid Ar-Raudhah dan syarikat pelancongan, Travel Connect.sg.

Bercakap dengan Berita Harian (BH), Presiden Vision 21, Encik Muhammad Zacree Mohd Zain, berkata beliau amat terharu dengan kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan projek ini.

“Alhamdullilah, saya rasa berbesar hati dapat membantu dalam projek yang begitu bermakna ini.

“Ia membawa kegembiraan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan melalui pemberian pakaian tradisional baju kurung untuk golongan kurang berkemampuan,” kata Encik Zacree.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg