Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

89 aduan terhadap salun kecantikan di Parklane Shopping Mall

Jan 24, 2024 | 5:00 PM
MUTU PERKHIDMATAN KURANG BAIK: Pada 2022 dan 2023, sebanyak 89 kes aduan dibuat terhadap salun kecantikan, Diva Lash & Nails, yang terletak di Parklane Shopping Mall.
MUTU PERKHIDMATAN KURANG BAIK: Pada 2022 dan 2023, sebanyak 89 kes aduan dibuat terhadap salun kecantikan, Diva Lash & Nails, yang terletak di Parklane Shopping Mall. - Foto Instagram/DIVALASHANDNAILS_

Persatuan Pengguna Singapura (Case) memberi amaran kepada orang ramai tentang sebuah salun kecantikan di Parklane Shopping Mall, selepas menerima aduan selama dua tahun mengenai mutu perkhidmatan kurang baik dan kesukaran pelanggan melakukan janji temu.

Pada 2022 dan 2023, sebanyak 89 kes aduan dibuat terhadap salun kecantikan, Diva Lash & Nails, yang terletak di tingkat dua pusat beli-belah di Selegie Road itu, lapor The Straits Times.

Kebanyakan aduan itu dibuat oleh pelanggan yang telah membeli pakej perkhidmatan rawatan kuku atau bulu mata bernilai sekitar $120 hingga $1,200, kata badan pemerhati pengguna itu pada 24 Januari.

Pelanggan berkata mereka mengalami kesukaran semasa membuat janji temu kerana salun sering tidak membalas atau mengambil masa lama untuk memberi jawapan.

Dalam kes di mana pelanggan berjaya mendapatkan tempahan, mereka tertakluk kepada masa menunggu yang lama di salun.

Beberapa aduan timbul berkenaan mutu perkhidmatan untuk memanjangkan bulu mata, atau ‘eyelash extensions’ , yang kurang baik disebabkan bulu mata palsu yang digunakan akan tertanggal dalam beberapa hari selepas sesi itu.

Pelanggan juga mengadu mengalami ketidakselesaan, bengkak dan kegatalan selepas rawatan.

Salun itu turut menawarkan bayaran balik kepada beberapa pelanggan yang tidak berpuas hati, tetapi tidak mematuhi perjanjian itu, menurut Case.

Berikutan pelbagai aduan yang diterima, Case mempelawa salun itu untuk menandatangani Perjanjian Pematuhan Sukarela (VCA) untuk menghentikan amalan yang tidak adil dan memberi pampasan kepada pelanggan yang terjejas.

Namun, salun itu tidak berbuat demikian.

Case berkata ia kini melibatkan Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura (CCCS) untuk mempertimbangkan tindakan selanjutnya terhadap syarikat berkenaan.

Presiden Case, Encik Melvin Yong, juga menasihatkan pelanggan agar menjalankan penyelidikan dan meneliti ulasan pengguna untuk mendapatkan pandangan tentang mutu dan rekod prestasi salun kecantikan sebelum membuat pembelian.

Pelanggan harus berhati-hati dengan produk dan perkhidmatan yang dipasarkan sebagai diskaun istimewa, sesi percubaan atau sebarang tawaran sekali sahaja.

Sekiranya pelanggan berasa tidak selesa atau tidak senang semasa jualan yang dipelawa oleh kakitangan kedai, mereka seharusnya menghentikan sebarang sesi yang sedang berjalan dan meninggalkan salun itu.

Sesiapa yang mempunyai sebarang pertikaian dengan Diva Lash & Nails boleh menghubungi Case di talian 6277-5100 atau ke laman https://www.case.org.sg untuk mendapatkan bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg