Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 masjid tawar tiga sesi solat Aidiladha

Jun 10, 2024 | 4:26 PM
Jemaah menunaikan solat Hari Raya Haji di Masjid Al-Mukminin pada Aidiladha 2023. Masjid di Jurong East itu akan menawarkan dua sesi solat Aidiladha pada 2024.
Jemaah menunaikan solat Hari Raya Haji di Masjid Al-Mukminin pada Aidiladha 2023. Masjid di Jurong East itu akan menawarkan dua sesi solat Aidiladha pada 2024. - Foto fail

Sehingga tiga sesi solat Hari Raya Aidiladha akan ditawarkan di sembilan masjid di sini, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi wadah media sosialnya.

Sembilan masjid itu ialah Masjid Al-Mawaddah (Sengkang), Haji Mohd Salleh (Geylang), Khadijah (Geylang Rd), Assyafaah (Sembawang), Al-Khair (Teck Whye), Ar-Raudhah (Bukit Batok), Assyakirin (Taman Jurong), Abdul Gafoor (Dunlop St) dan Angullia (Serangoon Rd).

Sesi pertama diadakan pada 7.20 pagi sementara sesi kedua dan ketiga masing-masing diadakan pada 8.45 pagi dan 9.45 pagi.

Menurut Muis, sebanyak 22 masjid akan mengadakan hanya satu sesi solat – sama ada pada 7.20 pagi atau 8.45 pagi.

Lagi 37 masjid akan menawarkan dua sesi solat dengan sesi pertama diadakan pada 7.20 pagi dan sesi kedua pada 8.45 pagi, dengan pengecualian Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer) dan Masjid Sultan.

Kedua-dua masjid tersebut akan melakukan dua sesi solat dengan sesi pertama pada 8.45 pagi dan sesi kedua pada 9.45 pagi.

Mereka yang ingin melakukan solat Aidiladha di Masjid Darul Ghufran di Tampines pada sesi pertama iaitu pada 7.20 pagi mesti membuat tempahan slot melalui book.masjids.sg.

Tempahan dibuka pada Rabu, 12 Jun 2024, pada 10 pagi.

Tiada sesi atau masjid lain memerlukan tempahan.

Dalam pada itu, antara masjid yang menawarkan dua sesi solat Aidiladha ialah Masjid Darul Makmur.

Namun, ini akan dilakukan di tapak sementara masjid tersebut di bekas Sekolah Menengah North View di 530 Yishun Ring Road.

Jemaah yang mahu melakukan solat Aidiladha di sana hanya boleh memasuki kawasan tersebut melalui gerbang utama bersebelahan Blok 359/360.

Solat akan dilakukan di bekas kawasan kantin sekolah.

Menurut Muis lagi, tambahan pada peluang solat di masjid-masjid, sebanyak 31 qaryah yang berkaitan masjid akan menawarkan ruang tambahan bagi penduduk yang mahu melakukan solat Aidiladha lebih dekat dengan rumah mereka.

Ini termasuk di kawasan perumahan Pasir Ris, Tampines, Simei, Bedok, Woodlands, Yishun, Boon Lay, Choa Chu Kang, Clementi dan Jurong.

Solat Aidiladha di kesemua 31 tempat tersebut akan bermula pada 8.15 pagi.

Dalam pada itu, Solat Aidiladha 2024 juga akan diadakan di beberapa pusat rekreasi.

Ini termasuk di Pusat Rekreasi Kranji dan Pusat Rekreasi Cochrane yang menawarkan satu sesi solat bermula 7.20 pagi; serta Pusat Rekreasi Tuas South, Pusat Rekreasi Penjuru dan Pusat Rekreasi Terusan yang menawarkan dua sesi solat – pertama pada 7.20 pagi dan kedua pada 8 pagi.

Maklumat lanjut tentang solat Hari Raya Aidiladha 2024 termasuk ruang solat bagi Muslimah boleh didapatkan di go.gov.sg/rayaprayer.

Hari Raya Aidiladha jatuh pada 17 Jun 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg