Sekitar 90 peratus daripada 120 gerai di bazar Kampong Gelam sempena Ramadan akan datang telah pun disewa para peniaga, kata pengerusi One Kampong Gelam, Encik Zaki Ma’arof.

“(Bahkan) Kesemua gerai-gerai di tempat popular, seperti Muscat Street dan Kandahar Street, telah pun disewa,” kata beliau kepada Berita Harian.