Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

99 atlet pelajar prestasi tinggi terima biasiswa SOF-Peter Lim

Jul 24, 2023 | 5:30 AM
TETAMU ISTIMEWA: Juara badminton sedunia, Loh Kean Yew, dijemput menjadi tetamu di majlis penyampaian biasiswa yang diadakan pada 10 Julai.
TETAMU ISTIMEWA: Juara badminton sedunia, Loh Kean Yew, dijemput menjadi tetamu di majlis penyampaian biasiswa yang diadakan pada 10 Julai. - Foto ZAOBAO

Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim memperuntukkan jumlah tahunan terbesar untuk diberikan kepada golongan atlet pelajar tahun ini.

Seramai 478 penerima daripada 37 cabang sukan dari 154 sekolah akan menerima sebanyak $1.25 juta.

Jumlah rekod tertinggi seramai 99 atlet menerima biasiswa dalam kategori prestasi tinggi di bawah umur 18 tahun.

Pada tahun ini, majlis penyampaian biasiswa diadakan secara fizikal dengan juara badminton sedunia, Loh Kean Yew, tampil sebagai tetamu istimewa.

Sejak 2011, sebanyak 4,519 biasiswa berjumlah $10.45 juta telah dikeluarkan bagi menyokong warga muda Singapura dan impian sukan mereka.

Biasiswa sukan itu bermula pada 2010 apabila Encik Peter Lim, seorang usahawan dan dermawan menyumbang $10 juta kepada SOF.

Beliau turut berikrar menderma lagi $10 juta pada 2019 untuk menyokong program biasiswa ini sehingga 2030. 

Komitmen beliau merupakan sumbangan terbesar di Singapura daripada seorang individu ke arah pembangunan sukan.

Sejak itu, sebanyak 4,519 biasiswa diberikan, dalam empat kategori sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan prestasi tinggi, yang menerima antara $1,000 dengan $5,000.

Untuk layak menerima biasiswa ini, penerima harus memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk keputusan konsisten dalam pertandingan sukan yang berkaitan dengan sukan yang diceburi.

Sebahagian besar daripada penerima datang daripada latar belakang yang mencabar dari segi kewangan, dan menunjukkan potensi untuk cemerlang dalam sukan masing-masing.

Penerima boleh menggunakan dana untuk menampung perbelanjaan pertandingan mereka, membeli peralatan sukan dan untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dengan sekolah.

Biasiswa iru telah memberi peluang kepada ramai atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Ramai daripada mereka telah mewakili negara dalam acara sukan seperti Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini.

Seramai 17 penerima telah berjaya membawa pulang pingat untuk Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg