Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ABC Nasi Kandar disiasat, ambil pekerja secara haram

Nov 30, 2024 | 7:35 PM
Cawangan restoran ABC Nasi Kandar di Serangoon Road ditutup dengan tenda secara tidak teratur.
Cawangan restoran ABC Nasi Kandar di Serangoon Road ditutup dengan tenda secara tidak teratur. - Foto ST

Restoran popular, ABC Nasi Kandar, yang menutup rangkaian restorannya secara mendadak sejak beberapa bulan lalu, kini sedang disiasat oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) atas kemungkinan kesalahan berkaitan pengambilan pekerja secara haram.

Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan bahawa jurucakap MOM, dalam responsnya kepada akhbar bahasa Inggeris itu, berkata mereka sedang menyiasat ABC Nasi Kandar dan kakitangannya atas kemungkinan kesalahan berkaitan pengambilan pekerja secara haram di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA).

Menurut ST, lebih 10 cawangan di serata pulau, yang terletak di kawasan seperti Little India, Lavender dan Eunos, sama ada ditinggalkan, ditutup dengan papan tanda ‘sedang diubah suai’ atau digantikan dengan perniagaan lain.

Di cawangan mereka di Serangoon Road, yang terletak di persimpangan sibuk dekat pusat beli-belah City Square Mall, restoran tersebut ditutup dengan tenda biru secara tidak teratur.

MOM turut berkata mereka memandang serius perbuatan mengambil pekerja secara haram.

Majikan yang mengambil pekerja asing tanpa pas pekerjaan yang sah boleh didenda sekurang-kurangnya $5,000 dan hingga $30,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kededuanya, bagi setiap tuduhan.

Pesalah berulang akan menghadapi hukuman yang lebih berat, dengan hukuman penjara yang wajib.

Warga asing yang bekerja di Singapura tanpa memegang pas pekerjaan yang sah boleh didenda hingga $20,000, dipenjara hingga dua tahun, atau kededuanya.

Setelah disabit kesalahan, MOM boleh melarang warga asing tersebut daripada bekerja di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg