Acara berbuka puasa pupuk keharmonian agama
Mar 9, 2026 | 1:31 PM
Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pendidikan), Dr Syed Harun Alhabsyi (duduk, tiga dari kanan), menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Sree Narayana Mission dengan sokongan Royal Kings Group pada 6 Mac. - Foto ROYAL KINGS GROUP
Dalam usaha memperkukuh keharmonian antara agama, perpaduan sosial dan rasa saling menghormati dalam kalangan masyarakat, Sree Narayana Mission (SNM) dengan sokongan Royal Kings Group telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 6 Mac.
Dinamakan Iftar@SNM, majlis yang berlangsung di SNM Nursing Home@Riverwalk di Yishun Lane itu dihadiri oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pendidikan), Dr Syed Harun Alhabsyi, selaku tetamu terhormat.
Pemimpin agama, wakil pertubuhan masyarakat, tokoh perniagaan serta orang ramai daripada pelbagai latar belakang turut memeriahkan acara tersebut.
Laporan berkaitan
Majlis buka puasa Marsiling pupuk semangat kejirananMar 7, 2026 | 9:10 PM
SM Lee: Majlis iftar Al-Muttaqin cerminan teguh perpaduan kaumMar 4, 2026 | 2:44 PM

