Majlis buka puasa Marsiling pupuk semangat kejiranan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis buka puasa Marsiling pupuk semangat kejiranan

Mar 7, 2026 | 9:10 PM

Majlis buka puasa Marsiling pupuk semangat kejiranan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Encik Zaqy Mohamad, menyampaikan pek makanan McDonald’s untuk acara berbuka puasa pada 7 Mac kepada para tetamu. Beliau ditemani (tiga dari kiri), Pengerusi Rangkaian Penduduk Marsiling Greenview Zon 9 Encik Mun Yow Cheong; Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee; dan Pengarah Urusan McDonald’s Singapura, Cik May Yin.
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran) Encik Zaqy Mohamad, menyampaikan pek makanan McDonald’s untuk acara berbuka puasa pada 7 Mac kepada para tetamu. Beliau ditemani (tiga dari kiri), Pengerusi Rangkaian Penduduk Marsiling Greenview Zon 9 Encik Mun Yow Cheong; Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Siong, Encik Lim Hock Chee; dan Pengarah Urusan McDonald’s Singapura, Cik May Yin. - Foto BM oleh KHALID BABA

Hampir 250 penduduk Marsiling daripada Rangkaian Penduduk Marsiling Zon 9 berkumpul untuk berbuka puasa dalam acara yang dianjurkan bersama oleh Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dan Persatuan Rakyat (PA).

Acara di Blok 185B, Woodlands Street 13 itu yang turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, memberi peluang kepada keluarga dan jiran untuk berhubung, mengukuhkan hubungan, serta mencipta kenangan merentasi generasi.

Setiap keluarga dijamu dengan hidangan buka puasa yang disediakan khas oleh McDonald’s, menampilkan menu kegemaran ramai.

Mereka juga menerima beg runcit yang diisikan dengan barangan makanan sihat yang disiapkan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan sebuah beg berisi buku dan botol air yang sediakan FFL.

Seorang penduduk baru, Cik Sabariah Muhammad Latif, 44 tahun, seorang ibu tunggal yang menyertai acara ini buat pertama kali, berkata beliau teruja dapat berbuka puasa bersama jiran-jirannya.

“Saya mengetahui tentang acara ini melalui notis di lif, jadi saya datang bersama lima orang anak saya,” kata Cik Sabariah seorang suri rumah sepenuh masa dan peniaga dari rumah.

Bagi pesakit strok yang bergantung kepada kerusi roda, Encik Khairulnizam Kamarudin, 37 tahun, peluang berbuka bersama amat dihargainya setelah jatuh sakit lima tahun lalu.

“Ini kali keempat saya menghadiri acara iftar di sini. Saya bersyukur kerana ia terasa seperti suasana kampung bila dapat berjumpa dengan jiran-jiran. Terima kasih kepada penganjur untuk acara yang merapatkan masyarakat ini,” kata Encik Khairulnizam yang tinggal bersebelahan dengan Blok 180B.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg