Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara istimewa rai SG60 di Lapangan Terbang Changi

Konsert percuma, pertunjukan pencahayaan antara program menarik
Jun 25, 2025 | 5:51 PM
changi airport group, jewel, changi airport, events, SG60
Acara istimewa yang dirancang Changi Airport Group (CAG) dan Jewel Changi Airport akan diadakan pada Julai dan Ogos bagi meraikan ulang tahun ke-60 Singapura (SG60). - Foto CAG

Konsert percuma, yang menampilkan penyanyi Stefanie Sun dan Kit Chan, antara acara istimewa yang dirancang oleh Changi Airport Group (CAG) dan Jewel Changi Airport pada Julai dan Ogos nanti, bagi meraikan ulang tahun ke-60 Singapura (SG60).

Dalam kenyataan bersama pada 25 Jun, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Lapangan Terbang CAG, Encik Jayson Goh, berkata:

“Lapangan Terbang Changi telah berkembang bersama negara kita dan menyimpan kenangan berharga bagi ramai rakyat Singapura dan pelancong.

“Dengan acara yang meriah, kami menantikan penyertaan semua dalam perayaan SG60 di sini.”

Konsert percuma

Konsert percuma pada 1 Ogos di Jewel akan turut menampilkan penyanyi-penulis lagu, Sezairi Sezali ; artis pop Regina Song; duo Mandopop, The Freshman; dan kumpulan pop, SuperSonic, lapor The Straits Times (ST). 

Tiket diperlukan untuk masuk ke lokasi konsert dan akan diedarkan melalui undian.

Maklumat lanjut akan dikongsikan di saluran media sosial Lapangan Terbang Changi pada awal Julai.

Pertunjukan Cahaya, Muzik

Versi khas pertunjukan cahaya dan muzik Jewel akan menampilkan lagu Home oleh Kit Chan dan sorotan simbol ikonik Singapura. 

Pertunjukan itu akan berlangsung sepanjang Ogos dengan tayangan pada 8 malam dan 9 malam setiap hari, serta tambahan tayangan pada 10 malam dari Jumaat hingga Ahad.

Pameran Hortikultur

Jewel Forest Valley akan dihiasi dengan lebih 1,200 anggerik pada Ogos yang berbunga merah dan putih serta Dendrobium (sejenis anggerik) hibrid yang dicipta khas untuk menandakan ulang tahun kelima Jewel.

Anggerik hibrid itu yang dinamakan ‘Dendrobium Jewel Changi Airport’ dihasilkan untuk menandakan ulang tahun kelima Jewel. 

Bunga kebangsaan Singapura, Vanda Miss Joaquim, akan dipamerkan di Terminal 3 mulai 21 Julai.

Di Terminal 2, Merlion berbunga setinggi enam meter akan dipamerkan, yang dihasilkan menggunakan 60 jenis tumbuhan.

Jalan Amal

Satu acara berjalan amal sejauh 2 kilometer akan diadakan pada 27 Julai untuk menyokong program yang dibiayai oleh Dana Masyarakat.

Acara itu bermula di Terminal 2, melalui laluan SG60 bertemakan cahaya dan berakhir di Terminal 4.

Jalan amal itu akan menampilkan stesen trivia dan hidangan tempatan seperti roti aiskrim dan biskut gem.

Peserta yang berjaya menghabiskan jalan amal tersebut akan menerima pingat dan rantai kunci mini eksklusif.

Setiap peserta akan menerima pek perlumbaan yang mengandungi kemeja-T acara, beg mesra alam, dan baucar beli-belah. 

Untuk maklumat lanjut, layari pautan, https://bh.sg/J3gE

Pameran ‘Pop-up’

Pameran interaktif di Changi Experience Studio akan membolehkan pengunjung meneroka perubahan perjalanan udara sepanjang beberapa dekad lalu.

Sebagai contoh, pengunjung akan menyaksikan bagaimana santapan dalam penerbangan telah berkembang mengikut perubahan cita rasa, diet dan inovasi.

Tiket bermula pada harga $6 dan dijual sehingga 30 September.

Pencahayaan Luar

Mulai 28 Julai, Airport Boulevard, jalan menuju ke lapangan terbang, akan dihiasi dengan imej pemandangan ikonik Singapura, seperti Merlion, taman permainan naga di Toa Payoh dan Gardens by the Bay.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg