Agensi pemerintah kerjasama rancang, kawal selia perniagaan di kawasan kejiranan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi pemerintah kerjasama rancang, kawal selia perniagaan di kawasan kejiranan

Bagi imbangi keperluan masyarakat dengan kesejahteraan penduduk
Feb 4, 2026 | 7:48 PM

Agensi pemerintah kerjasama rancang, kawal selia perniagaan di kawasan kejiranan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
niaga, perniagaan, perumahan, penduduk, Sun Xueling Parlimen, Denise Phua Jalan Besar, Masalah kedai urut Crawford, Estet pelbagai guna Singapura, Peraturan hiburan malam SPF
Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Cik Denise Phua. - Foto MDDI

Agensi pemerintah bekerjasama untuk merancang, mengawal selia dan melesenkan kegiatan komersial bagi mengimbangi keperluan masyarakat dengan kesejahteraan penduduk.

Namun, jika model perniagaan baru mencabar peraturan sedia ada, agensi akan menyemak semula rangka kerja.

Ini bagi mencapai keseimbangan dalam usaha melindungi penduduk daripada masalah, di samping memelihara daya maju perniagaan dan keusahawanan.

Demikian jawapan Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Pengangkutan), Cik Sun Xueling, kepada usul penangguhan yang dibentangkan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) di Parlimen pada 4 Februari.

Cik Phua membangkitkan kesukaran yang dihadapi penduduk akibat kegiatan perniagaan di kawasan kejiranan mereka.

Menurutnya, penduduk menyambut baik visi kawasan kejiranan yang mempunyai pelbagai guna, namun ketegangan boleh timbul apabila intensiti, skala atau tingkah laku akibat kewujudan perniagaan melampaui batas.

Sebagai contoh, Cik Phua menyebut bunyi bising muzik atau bau masakan yang meresap ke kawasan umum dan rumah-rumah di tingkat atas boleh mengganggu ketenangan penduduk.

“Penduduk juga telah menyuarakan kebimbangan tentang bagaimana perniagaan tingkat bawah tertentu beroperasi berdekatan dengan rumah.

“Semasa lawatan ke rumah, contohnya di estet Crawford, keluarga dan warga emas berkongsi bahawa kegiatan menawarkan khidmat yang boleh dilihat di luar beberapa tempat urut membuatkan perjalanan pulang terasa tidak selesa,” ujar beliau.

Selain itu, peningkatan jumlah pengunjung komersial boleh menyebabkan kesesakan dan konflik di ruang yang dikongsi.

“Ini termasuk isu sampah yang menjejas kebersihan dan persaingan bagi tempat letak kereta yang menimbulkan pergeseran antara penduduk dengan pelanggan.

Cik Sun membalas: “Saya bersetuju sepenuhnya dengan (Cik Phua) bahawa oleh kerana aktiviti-aktiviti ini beroperasi berhampiran dengan rumah, ia perlu diurus dengan teliti bagi memastikan ia kekal serasi dengan kehidupan kediaman.

“Oleh itu, agensi pemerintah bekerjasama untuk merancang, mengawal selia dan mengeluarkan lesen kepada aktiviti komersial untuk mengimbangi keperluan masyarakat dengan kesejahteraan penduduk.”

Cik Sun menjelaskan bahawa Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mempertimbangkan jenis perniagaan dan di mana ia boleh ditempatkan.

Perniagaan berkaitan hiburan malam dan tempat urut selalunya diarah ke tempat yang bukan di kawasan perumahan.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dan URA juga telah mengenal pasti kawasan pengecualian, termasuk Jalan Besar, di mana tempat hiburan malam atau tempat urut baru tidak dibenarkan dibuka disebabkan sudah banyak kedai sedemikian serta aduan daripada penduduk.

“SPF kini menyemak semula peraturan tempat urut bagi memastikan rejim kawal selia dikemas kini dan sesuai dengan tujuannya.

“Rundingan industri akan dijalankan pada masa yang sesuai,” kata Cik Sun.

Beliau menambah tiada pendekatan umum atau “satu saiz untuk semua” bagi menangani isu ini kerana ia melibatkan operasi dunia sebenar dengan pelbagai pihak berkepentingan dan pelbagai keadaan.

Namun begitu, Cik Sun menegaskan bahawa agensi pemerintah memantau perniagaan secara aktif dan mengambil tindakan yang tepat tetapi tegas apabila timbul masalah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg