Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Agihan bubur percuma diadakan di 4 kejiranan di Yishun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Agihan bubur percuma diadakan di 4 kejiranan di Yishun

Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Perumpamaan ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’ sering dijadikan sandaran Masjid Darul Makmur bersama-sama kumpulan akar umbi di kawasan Yishun dalam memupuk sifat ihsan dalam kalangan masyarakat majmuk di sini.

Menjadikan masjid tanpa sempadan bukan sekadar slogan yang datang seiringan dengan Masjid Darul Makmur, bahkan ia menjadi suatu matlamat dan tunjang yang ingin dicapainya.

Maka itu, pihak masjid beriltizam dalam menjalankan pelbagai kegiatan bagi mendekatkan masjid kepada masyarakat dan pada masa yang sama, membawa masyarakat ke dalam masjid.

Mengulas mengenai perkara ini, Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, berkata:

“Antara tumpuan strategik masjid adalah mahu memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat. Ini dapat direalisasikan dengan usaha pihak masjid bekerjasama dengan jemaah, pelbagai rakan kongsi, pihak berkepentingan dan juga kumpulan akar umbi berserta Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).”

Walaupun masjid ditutup sepenuhnya waktu ini bagi projek peningkatan, antara program yang terus dianjurkannya bersempena bulan Ramadan ini ialah pengagihan bubur kepada penduduk secara percuma di empat kawasan kejiranan di Yishun selain daripada di tapak sekolah pada Jumaat yang disewa oleh pihak Masjid.

Daya usaha ini dimulakan pada tahun 2015, apabila masjid ini mendapati langkah tersebut merupakan satu usaha yang baik demi menghubungkan masjid dengan kawasan kejiranan di sekeliling Yishun.

“Warga kerja masjid menggembleng tenaga dan turun padang untuk mengagih bubur di kejiranan Yishun dengan kerjasama sukarelawan kami daripada kumpulan MAEC. Usaha kami juga mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk apabila mereka melihat langkah ini dilakukan pada bulan Ramadan.

“Ikatan kerjasama antara Masjid Darul Makmur dengan MAEC Nee Soon Link juga semakin erat dengan beberapa program ceramah dianjurkan bersama pada tahun lalu,” ujar Pengerusi MAEC Nee Soon Link, Encik Ahmad Ali Mohamed Yusope.

Berkongsi matlamat utama pengagihan bubur Ramadan di luar kawasan masjid pula, Encik Izuan berkata:

“Selain daripada kelebihan dan anjuran memberi makanan di sisi agama, kami juga ingin masjid berada bersama masyarakat majmuk dengan ikatan terkait rapat.

“Semoga usaha ini akan mewujudkan persefahaman dan kemakmuran masyarakat berbilang bangsa. Kami melihat ini sebagai suatu peningkatan dari segi tradisi masjid di Singapura yang lazimnya hanya mengedarkan bubur di dalam perkarangan masjid.”

Menurut Pengerusi MAEC Nee Soon East, Encik Ramlee Kasiman, pula:

“Usaha ini memudahkan warga emas yang mungkin terasa jauh untuk ke masjid. Justeru, dengan agihan kami di kawasan kejiranan terbuka ini, ia memudahkan penduduk berdekatan mendapatkan bubur.

“Tambahan lagi, pihak masjid juga berkesempatan memberikan sedikit penerangan kepada penduduk bukan Melayu/Islam yang teruja mahu mengetahui sejarah di sebalik amalan berpuasa sewaktu interaksi asatizah masjid bersama mereka.”

“Masjid Darul Makmur mengalu-alukan sumbangan derma daripada masyarakat bagi menampung kos projek Ramadan tahun ini dengan menghulurkan derma buat pengagihan bubur di kejiranan Yishun berserta dengan pek jamuan yang dihantar ke rumah penerima zakat yang berdaftar dengan masjid.

“Tahun ini merupakan Ramadan pertama berlangsung sedang masjid ditutup untuk menjalani kerja peningkatan yang telah bermula dari bulan April tahun lalu.

“Kami amat menghargai sokongan padu masyarakat dalam semua kegiatan yang kami anjurkan di Masjid Darul Makmur sewaktu penutupan masjid. Sumbangan untuk kos peningkatan masjid yang masih memerlukan $4.6 juta juga amat dialu-alukan,” ujar Encik Izuan.

BUBUR RAMADAN


Pengagihan bubur Ramadan akan diadakan pada 12, 13 dan 14 Mac 2024 ini dan juga pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 4 petang, selagi bekalan masih ada di tempat-tempat berikut:

1. Di kolong Blok 137 Yishun Ring Road (dengan kerjasama MAEC Chong Pang).

2. Kawasan Senior’s Hub di Blok 293 Yishun St 22 (dengan kerjasama MAEC Nee Soon East).

3. Nee Soon Central CC @ Pertukaran Bas NorthPoint City (dengan kerjasama MAEC Nee Soon Central).

4. Di kolong Blok 461 Yishun Avenue 6 (dengan kerjamasa MAEC Nee Soon Link).

DERMA


Sumbangan derma untuk Projek Ramadan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:

* PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Ramadan).

* Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Ramadan).

* Kiriman cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (Rujukan: Ramadan).

* Hadir di kaunter sementara masjid yang terletak di Masjid Assyafaah, 1 Admiralty Lane Singapura 757620 (pada waktu pejabat).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >