Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Masjid tanpa sempadan demi dekati masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid tanpa sempadan demi dekati masyarakat

Masjid Darul Makmur terus perkukuh kepimpinan walau bangunan masjid masih dibaik pulih
Feb 09, 2024 | 09:30 AM



Menjadikan masjid tanpa sempadan bukan sekadar slogan, atau tagline yang datang seiringan dengan Masjid Darul Makmur. Bahkan, ia menjadi suatu matlamat dan tunjang yang ingin dicapai oleh pihak masjid untuk segenap lapisan masyarakat di sini. Maka itu, tidak hairanlah Masjid Darul Makmur amat komited dalam menjalankan pelbagai kegiatan bagi mendekatkan masjid kepada masyarakat dan pada masa yang sama, membawa masyarakat ke dalam masjid.


Mengulas mengenai perkara ini, Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, berkata antara misi murni yang ingin diraih masjid ini adalah mahu terus memupuk semangat waja yang utuh, bekerjasama serta saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain.

“Antara tumpuan strategik masjid adalah mahu memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat. Ini dapat direalisasikan dengan usaha pihak masjid bekerjasama dengan jemaah, pelbagai rakan kongsi, pihak berkepentingan dan juga kumpulan akar umbi,” jelas Ustaz Ruhaizan.

Antara program yang dijalankan oleh pihak masjid kebelakangan ini adalah mencari dana peningkatan dengan mengadakan sesi High Tea Amal yang diselitkan acara ‘Talk Show’ oleh bekas Mufti Singapura, Ustaz Mohamed Fatris Bakaram, bersama asatizah Masjid Darul Makmur, Ustazah Suhanah Ahmad.

Acara High Tea Amal telah berlangsung baru-baru ini telah ditaja sepenuhnya oleh AtTartil Quranic Institue, sebuah pusat pendidikan Al-Quran di Singapura dan ia mendapat sambutan amat menggalakkan sehingga tiket habis dijual. Sewaktu acara High Tea ini juga, pihak masjid telah melancarkan projek jualan Nasi Ambeng Amal untuk mencari dana bagi menampung kos peningkatan Masjid Darul Makmur.

Dengan penutupan masjid sewaktu projek peningkatan sedang berjalan, pihak masjid juga giat mengadakan sesi ceramah di kejiranan Yishun untuk mendampingi masyarakat setempat. Pada Disember 2023 lalu, dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) di Nee Soon GRC, acara Ceramah Keluarga diadakan di kawasan terbuka bersebelahan Stesen MRT Khatib dan dimeriahkan lebih 1,500 hadirin.

Pihak masjid juga terus menyediakan bimbingan untuk penduduk dengan mengadakan ceramah agama dan motivasi keluarga sejak tahun 2005 di kejiranan Yishun dengan kerjasama lima pihak MAEC di GRC Nee Soon. Dengan bertemakan ‘Makmur Mendekati Masyarakat’, ceramah-ceramah sebegini diadakan tiga atau empat kali setahun di kawasan berlainan di Yishun sebagai usaha mendekatkan masjid kepada penduduk.

Pihak masjid berharap dengan adanya program yang dilakukan di dalam dan luar masjid, ia dapat menguatkan lagi hubungan pihak warga kerja masjid dan mempermudahkan lagi perhubungan pihak masjid dengan masyarakat.

Solat Jumaat yang dikendalikan di bekas tapak sekolah Northview di Yishun Ring Road juga merupakan satu platform masjid agar masih dapat mendekati masyarakat Yishun yang hadir sewaktu kerja peningkatan diteruskan.

“Ruang yang disewa di bekas tapak sekolah ini juga memerlukan dana untuk dibayar sewa, kos bil elektrik dan air. Jadi, perbelanjaan bulanan di tapak ini juga amat memerlukan sumbangan dermawan selain dana untuk peningkatan masjid,” ujar Ustaz Ruhaizan.

Memandangkan ruang kantin yang disewa di tapak sekolah amat terhad, pihak masjid telah menambah penyewaan ruang dewan sekolah agar dapat memuatkan lebih ramai jemaah yang hadir bermula pada Januari tahun 2024 ini.

Antara rancangan menyambut ketibaan bulan Ramadan, warga kerja masjid bakal mengadakan kunjungan muhibah di blok-blok kejiranan tapak sekolah yang sedang digunakan untuk solat Jumaat untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kejiranan tersebut atas sokongan yang diberikan.

“Seperti tahun-tahun lalu, warga kerja masjid akan menggembleng tenaga dan turun padang untuk menziarahi blok-blok di kejiranan Yishun. Matlamat utama sesi ziarah ini adalah untuk menghubung jalin rangkaian bersama penduduk, mengucapkan terima kasih serta berkongsi maklumat mengenai ketibaan bulan Ramadan dan amalan umat Islam pada bulan yang mulia ini.” tambah Ustaz Ruhaizan.

“Kami amat menghargai sokongan padu masyarakat Yishun khususnya dan Singapura secara am dalam semua kegiatan yang kami adakan di Masjid Darul Makmur. Kami ingin terus memberikan khidmat terbaik kepada semua. Memandangkan masjid sedang menjalani projek peningkatan dan dana $5 juta masih lagi diperlukan, sumbangan wakaf, derma dan sokongan masyarakat amat kami harapkan,” kata Ustaz Ruhaizan lagi.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf/Infak).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Wakaf/Infak).

3. Kiriman cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hubungi pihak Masjid di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.

5. Kaunter sementara pada waktu pejabat di Masjid Assyafaah terletak di 1 Admiralty Lane, Singapura 757620.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >