Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agihan daging korban manfaatkan penerima Muslim seluruh negara

Jul 8, 2024 | 6:37 PM
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dua dari kiri), bersama Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen (dua dari kanan), serta beberapa sukarelawan menyertai pengagihan daging korban kepada kira-kira 250 penerima skim bantuan Zakat Muis dan Projek Dian@M3 di Tampines pada 30 Jun.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (dua dari kiri), bersama Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen (dua dari kanan), serta beberapa sukarelawan menyertai pengagihan daging korban kepada kira-kira 250 penerima skim bantuan Zakat Muis dan Projek Dian@M3 di Tampines pada 30 Jun. - Foto BH oleh KHALID BABA

Lebih 40 tan daging korban yang dipesan melalui masjid-masjid pada 2024 telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan baru-baru ini.

Sepanjang dua minggu, SalamSG Gives, telah bekerjasama dengan lebih 300 sukarelawan daripada beberapa masjid di seluruh Singapura seperti Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Amin, Masjid An-Nur dan Masjid Al-Khair.

Sebagai usaha untuk mendapatkan lebih ramai penerima untuk SalamSG Gives, SalamSG Korban (SSGK) dan masjid-masjid telah bekerjasama rapat dengan pelbagai pertubuhan dan agensi.

Ini termasuk Persatuan Rakyat (PA), Projek Dian@M3, Rangkaian Sokongan Masyarakat atau Community Link (ComLink), Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Muslim (MMO) dan kumpulan pekerja migran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg