Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agong lawat S’pura 6-7 Mei

May 5, 2024 | 6:34 PM
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, akan mengadakan lawatan negara ke Singapura dari 6 hingga 7 Mei atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, akan mengadakan lawatan negara ke Singapura dari 6 hingga 7 Mei atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam. - Foto fail

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, akan mengadakan lawatan negara ke Singapura dari 6 hingga 7 Mei atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Ia merupakan lawatan luar negara pertamanya sejak pemasyhurannya pada 31 Januari.

Ini juga merupakan antara lawatan utama terakhir ke negara ini sebelum peralihan pucuk pimpinan Singapura, dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bakal menggantikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 15 Mei.

Lawatan itu mencerminkan hubungan dua hala yang baik antara Singapura dengan Malaysia serta komitmen bersama untuk mengukuhkan hubungan, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 5 Mei.

Sultan Ibrahim akan diiringi oleh isteri, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah; Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke; dan pegawai kanan lain.

Sultan Ibrahim akan menerima sambutan istiadat di Istana pada 6 Mei, diikuti dengan pertemuan bersama Tuan Presiden.

Sultan Ibrahim juga akan menghadiri majlis jamuan negara yang dihoskan oleh Tuan Presiden.

Encik Lee dan Encik Wong juga akan bertemu dengan Sultan Ibrahim dan isteri, tambah MFA.

Dalam rangka lawatannya, Sultan Ibrahim akan berkunjung ke Laluan Thomson-East Coast (TEL), dengan diiringi Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia pada 5 Mei, Sultan Ibrahim juga akan meninjau perkembangan projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura.

Apabila siap menjelang Disember 2026, RTS Link dijangka dimanfaatkan sekitar 40,000 orang setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg