Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri S’pura hadiri Rumah Terbuka Hari Raya keluarga diraja Johor

Apr 11, 2024 | 7:05 PM
Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat (dua dari kiri), dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (tiga dari kanan), bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (tiga dari kiri), di Istana Bukit Serene.
Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat (dua dari kiri), dan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (tiga dari kanan), bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (tiga dari kiri), di Istana Bukit Serene. - Foto FACEBOOK ONG YE KUNG

Dua menteri Kabinet Singapura meneruskan tradisi tahunan dengan menghadiri acara Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran keluarga diraja Johor pada 10 April.

Semasa lawatan tersebut, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dan Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menghadiri jamuan makan tengah hari di Istana Bukit Serene.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail menjadi tuan rumah dalam jamuan tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Semasa makan tengah hari, Tunku Ismail dan kedua-dua menteri tersebut menghargai hubungan kukuh dan bersejarah antara Singapura dengan Johor, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 10 April.

Kedua-dua menteri itu turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Iskandar, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Lawatan tersebut mencerminkan hubungan erat yang berpanjangan antara Singapura dengan Johor, tambah kenyataan itu.

Dalam catatan Facebook pada 10 April, Encik Ong mengucapkan terima kasih kepada keluarga diraja Johor atas layanan mesra mereka.

“Singapura menghargai hubungan dengan rakan-rakan kita di Johor. Kami akan terus bekerjasama dalam pelbagai projek seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, di samping mengukuhkan lagi hubungan antara rakyat serta ekonomi antara kita.”

Tradisi tahunan menziarahi kerabat diraja Johor sempena Hari Raya diteruskan pada 2023, selepas terhenti selama tiga tahun disebabkan pandemik Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg