Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Air pasang bermusim banjiri Pulau Ubin, East Coast Park

Jan 14, 2024 | 6:39 PM
BANJIR: Air pasang di East Coast Park pada 11.30 pagi pada 12 Januari menyebabkan air laut melimpah keluar hingga membanjiri kawasan berumput ini.
BANJIR: Air pasang di East Coast Park pada 11.30 pagi pada 12 Januari menyebabkan air laut melimpah keluar hingga membanjiri kawasan berumput ini. - Foto ST


Air pasang bermusim menyebabkan banjir di beberapa kawasan rendah di Pulau Ubin dan East Coast Park pada hujung minggu lalu.

Pada 13 Januari, paras air mencapai hingga ke buku lali sekitar 12 tengah hari di beberapa kawasan rendah di selatan Pulau Ubin, seperti ruang di luar Gerai Minuman Ah Ma yang popular dekat Jalan Jelutong.

Ini disebabkan oleh air pasang luar biasa yang mencecah 3.3 meter.

Lazimnya, banjir berlaku di Singapura pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh pasang surut bermusim atau ‘spring tide’.

Apabila dicampur dengan hujan lebat pula, air laut boleh mengalir ke darat dan membanjiri kawasan rendah.

Air pasang tertinggi yang direkodkan di Singapura ialah 3.9 meter pada 9 Februari 1974.

Pasang surut ini berlaku apabila matahari dan bulan sejajar untuk mencipta tarikan graviti terbesar di laut.

Apabila matahari dan bulan sejajar dengan satu sama lain, mereka menarik permukaan lautan ke arah yang sama, hingga menyebabkan air pasang yang lebih tinggi daripada biasa di beberapa kawasan.

Air pasang bermusim juga telah membanjiri beberapa kawasan pantai rendah di East Coast Park.

Sebagai contoh, air pasang setinggi 3.2 meter membanjiri longkang besar di East Coast Park pada lewat pagi 12 Januari, dengan sebahagian air melimpah ke kawasan rumput berdekatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg