Akademi Pergeraq perkasa dakwah inklusif melalui kursus dwibahasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akademi Pergeraq perkasa dakwah inklusif melalui kursus dwibahasa

Feb 13, 2026 | 5:30 AM

Akademi Pergeraq perkasa dakwah inklusif melalui kursus dwibahasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pergeraq berusaha melahirkan pemimpin pelapis baru dan penekanan melalui bimbingan mentor, pengendalian kelas, latihan lanjutan, serta sijil dan pengiktirafan rasmi.
Pergeraq berusaha melahirkan pemimpin pelapis baru dan penekanan melalui bimbingan mentor, pengendalian kelas, latihan lanjutan, serta sijil dan pengiktirafan rasmi. - Foto PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) mencadangkan penubuhan Akademi Pergeraq sebagai langkah strategik jangka panjang untuk mengukuhkan peranannya sebagai pusat latihan guru Al-Quran yang moden, tersusun, inklusif dan berdikari.

Cadangan yang dikemukakan itu mewakili Jawatankuasa Kerja Pergeraq bagi penggal 2024-2026, dengan matlamat memperkukuh asas pertubuhan tersebut dalam tempoh sedekad akan datang.

Presiden Pergeraq, Ustaz Achmed Fahdly Mohamed Kamsari, menyatakan bahawa Akademi Pergeraq dicadang berperanan menawarkan kursus dwibahasa Melayu-Inggeris bagi mendekati masyarakat bukan Melayu, termasuk golongan mualaf, remaja serta keluarga Muslim yang lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris.

“Sebagai sebuah hab pendidikan dan masyarakat majmuk, Singapura menggunakan bahasa Inggeris secara meluas. Justeru, Pergeraq wajar memanfaatkan kelebihan ini agar ilmu Al-Quran dapat diakses oleh semua,” kata Ustaz Achmed Fahdly.

Akademi Pergeraq dicadang menawarkan latihan bertahap merangkumi peringkat asas, pertengahan dan lanjutan, yang dijalankan secara fizikal dan melalui dalam talian.

Antara kursus yang dirancang termasuk ‘Basic Tajwid in English’, ‘How to Teach Qur’an to Beginners’ dan ‘Understanding Makharij in English’, selain kelas khas keluarga, mualaf dan remaja dalam bahasa Inggeris.

Bagi memastikan kelestarian jangka panjang, Pergeraq turut merangka strategi membangunkan dana teguh melalui usaha niaga atau pelaburan patuh syariah dan perundangan negara.

Antara sumber pendapatan yang dicadang termasuk penerbitan e-buku dan modul latihan, kursus premium, kelas dwibahasa berbayar, langganan bahan digital serta program penyumbang tetap.

Dalam aspek tadbir urus, Pergeraq berhasrat memperkukuh sistem pengurusan dengan menyusun struktur kepimpinan yang jelas, mengemas kini sistem kewangan dan rekod digital, melaksanakan audit berkala serta memperluas penggunaan sistem pentadbiran digital.

Usaha melahirkan kepimpinan pelapis dan guru muda turut diberi penekanan melalui sistem bimbingan mentor, peluang mengendalikan kelas dan program, latihan lanjutan serta pemberian sijil dan pengiktirafan rasmi.

Mengulas peranan teknologi, Ustaz Achmed Fahdly berkata:

“Kecerdasan buatan (AI) seperti aplikasi pembelajaran tajwid mampu membantu pembelajaran, namun aspek insaniah, adab dan tarbiyah tetap memerlukan peranan guru sebagai teras pendidikan Islam.”

Pergeraq juga bercadang mengumpul maklum balas daripada guru dan pelajar Al-Quran untuk dirumuskan dalam satu seminar atau muzakarah demi mencapai kesepakatan bersama.

“Pergeraq milik watan Singapura, dengan hasrat membawa sinar Al-Quran untuk semua,” tambah Ustaz Achmed Fahdly.

SEKILAS:

* Untuk menderma dan pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0, WhatsApp untuk resit @ 9030-7057. Tulis nama anda / zakat atau derma.

* PayNow ke UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’, sila tulis nama anda / zakat atau derma.

* Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

* Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg