Topik diikuti
Pergi ke BHkuAktivis lawan hukuman mati didakwa kerana gagal patuh arahan Pofma
Aktivis lawan hukuman mati didakwa kerana gagal patuh arahan Pofma
Aktivis lawan hukuman mati didakwa kerana gagal patuh arahan Pofma
Aktivis antihukuman mati, Kokila Annamalai, 37 tahun, akan didakwa di mahkamah pada 23 April kerana gagal mematuhi arahan pembetulan yang dikeluarkan di bawah Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma).
Dalam satu kenyataan pada 21 April, Pejabat Pofma tidak menyebut nama Cik Kokila tetapi merujuk kepada hantaran yang dibuat seorang wanita berusia 37 tahun di akaun Facebook dan X miliknya pada 2 Oktober 2024 dan 3 Oktober 2024.
Hantaran itu mendakwa bahawa pemerintah menentukan dan menangguhkan tarikh hukuman mati sesuka hati, tanpa mengikut proses undang-undang betul.
Ia turut mendakwa bahawa negara tidak perlu membuktikan pertuduhan pengedaran dadah terhadap tertuduh.
Pada 5 Oktober 2024, arahan telah dikeluarkan kepadanya untuk memaparkan notis pembetulan pada hantaran-hantaran tersebut.
“Didakwa bahawa beliau tidak mematuhi arahan tersebut,” kata Pejabat Pofma pada 21 April.
Beliau akan didakwa dengan satu tuduhan kerana gagal mematuhi arahan tersebut tanpa alasan yang munasabah.
